foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, January 18, 2010

MINDA REFORMIS...

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

19 Jan
Membaca komentar dari fb dan menyemak foto lama yang dipamerkan sememangnya mencuit hati yang dalam. Pada sebuah foto ada gembira dan ada juga duka. Lalu saya ingin mengingatkan kepada diri sendiri bahawa perjuangan yang panjang ini memerlukan nafas yang panjang juga. Memerlukan kesabaran yang luar biasa. Luar biasa bermakna bukan biasa-biasa. Sejarah membuktikan bahawa para reformis seperti Ibn Taimiah, Jalaluddin Al Afghani, Muhammad Abdul Wahab, Hasan Al Banna, Abul Ala Maududi dan ramai lagi tetap hidup ideanya sampai saat ini dan rasanya akan terus hidup selagi ada penerusnya. Begitulah juga di Indonesia , tokoh-tokoh spt  Pak Nasir pengasas gerakan dakwah di nusantara, Pak Hamka, Pak Kh. Hj Rahmat Abdullah dikenali sebagai syekh tarbiyah Indonesia dan ramai lagi yang tak mungkin mampu untuk kita sebutkan semuanya.

Begitulah juga dengan di Malaysia, tokoh seperti dr. Zulkifli, dr Helmi Burhanuddin, Ust. Fadhil Noor, DS Anwar Ibrahim dan ramai lagi..Jadi layaklah kiranya mereka semua dianugerahkan dengan darjah tertinggi buat mengenang jasa, keberanian dan komitmen mereka selama hidup mereka di dunia ini.

 "Hasan Al Banna..mati ditembak 1948 oleh kerajaan zalim di Mesir regim Jamal Abd Nasir.." Syed Qutb mati digantung setelah di penjara..Reformis seharusnya dinobatkan sebagai pahlawan kerana keberaniannya merempuh arus..Semuanya saling memerlukan ketika kalah dan menang..Reformis tdk pernah dirugikan kerana harapannya bukan benda tapi anugerah dari yg esa. Selagi kita berharap kpd benda maka kita akan sering kecewa. Ayuh teruskan!! medan perjuangan terlalu luas dan masih panjang...!! Reformis tidak akan mati kerana idealismanya tetap hidup di hati penerusnya!! Yakinlah..semua makhluk yg hidup adalah saksi di akhirat nanti yg kita ini adalah REFORMIS SEJATI...ISHLAH NAFSAK...WAD'U GHAIRAK..(Baikilah diri mu dan serulah org lain!!!