foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, January 16, 2010

Siapakah yang mahu membela mereka ini?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.





8 minutes ago ·  ·  · Share

Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
foto diambil di salah sebuah kedai di bandar Kuantan..Tak jauh dari kawasan ini juga ada pasar tawar menawar pondan. Ya Allah..ampunkanlah kami..!! Saya dedahkan foto ini agar ada insan yg berjiwa insan merenung bersama!! relawan akan turun ke tempat begini bagi menyampaikan risalah kebenaran kepada para pelacur agar kembali ke pangkal jalan. Kepada Jabatan Kebajikan..keluarlah di waktu malam carilah mereka yang tidak bertempat ini dan berilah mereka bantuan!!!

dari wall akhi zam:  Assalammua'alaikum dan salam muafakat..:) Sedikit coretan kisah Umar Abdul Aziz : Suatu ketika Umar bin abdul aziz pulang ke rumah dan menangis sehingga isterinya bertanya “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau mejawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jabatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang jika aku tidak dapat menjawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw’’ Isterinya juga turut mengalirkan air mata. ~Besederhanalah wahai pemimpin, istiqomah dgn perjuangan Islam, serta cakna akan apa yg kamu pimpin~