foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, November 9, 2009

PERJUANGAN YANG SUCI PERLU KEPADA PEJUANG YANG SIAP BERSUCI..!!

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


10 Nov

Meneliti beberapa isu mutakhir perjuangan rakyat di Malaysia saya ingin syer dengan teman-temna semua khususan PR. Ada beberapa aspek yang sangat jelas bahawa game politik sudah bermula untuk PRU 13. Jika tidak berhati-hati perjuangan rakyat akan kalah dan melupakan segala hasrat kita selama ini. Saya ingin menyentuh dari bebrapa aspek:

1. Mind Setting untuk Kemenangan PRU 13 perlu menjadi matlamat inti kepada perjuangan rakyat di Malaysia. Menang bermakna perlu kepada strategi menang. Jika tersalah strategi maka strategi menang menjadi strategi kekalahan. Dalam 10 bulan yang lalu saya ada menyentuh soal ini dan telah dipaparkan kepada tatapan umum khasnya pimpinan PR. Dengan harapan ada perubahan dan semakin kuat memegang kepada dasar perjuangan yang asal. Namun sayang semakin lama semakin jelas benteng pertahanan sudah mula dirobek oleh anasir dalaman.

2. Kenapa perjuangan rakyat perlu suci?. Suci kerana kemuliaannya. suci kerana kepayahannya. Suci kerana ianya sangat mulai di sisi Allah dan manusia. Meruntuhkan sistem kezaliman dan kebejatan adalah kerja suci yang diterima oleh semua kaum dan agama. jadi seharusnya perjuangan ini boleh menang jika mind set ini yang dijana. Perjuangan yang suci meemrlukan pejuang yang suci dan bahkan siap dicuci jika kelihatan masih kotor. Rakyat tidak sanggup untuk kalah lagi kerana penderitaan yang panjang oleh golongan zalim UBN di Malysia. 50 tahun di bawah pemerintahan zalim mesti ditamatkan dalam PRU 13 nanti. Jadi kita juga harus faham bahawa UBN juga tidak akan snaggup untuk kalah setelah 50 tahun memerintah Malaysia.

3. Menyedari hakikat bahawa UBN juga tidak akan snaggup kalah, maka strategi apa sekalipun akan digunakan hatta membunuh. Ini bukan ramalan kosong kerana selama ini strategi mematikan karektor yang dilakukan oleh Mahathir masih diguna pakai dengan sempurna apatah lagi di regim Najib. jadi alngkah konyolnya jika ada sebahagian pemimpin PR yang bersilat sendirian di gelanggang yang dipenuhi dengan jerangkap samar. Pelik sekali beberapa kelibat mereka ini sampais ekarnag masih belum sedar dan masih beraksi seperti pahlawan. PR perlu bertegas dan menyelasaikan golongan ini secara tuntas.

4. Saya berharap sekali lagi usaha menyuci saki baki golongan pengacau dalam PR perlu dilakukan sebelum berdepan dengan medan PRU 13. Mereka yang sudah jelas tidak mahu berdisiplin dnegan PR, wajar diminta undur secara terhormat. Mereka bukan sahaja mengganggu PR bahkan yang lebih parah mereka merosak perjuangan rakyat yang panjang. Mereka yang punya sifat khianat bukan sahaja tidak layak dibariskan untuk memimpin rakyat bahkan mereka juga sebenarnya tidak layak dibariskan dalam semua barisan. Tidak ada tempat bagi mereka yang khianat dan begitu juga dengan pendokongnya. Ini jelas dalam sejarah banyak sekali kisah yang sama.

Ayuh, kita semua bertekad untuk memenangkan rakyat dalam PRU 13 ini.!!!