foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, August 23, 2009

SUASANA KEMPEN DI PERMATANG PASIR..


IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


23 ogos
Berangkat dari Meru Jelapang jam 3 petang bersama Ust. Zul, Hj, Hani dan Hj. Harun menuju ke surau kg Paya. Perjalanan lancar dan kami tiba sekitar jam 6 ptg. Kami terus ke surau untuk dapat mengikuti siri kempen DSAI bersama dengan YB Lim Guan Eng dan YB Lim Kit Siang. Tepat jam 6.30 ptg rombongan DSAI tiba dan langsung naik ke atas surau untuk menyampaikan ucapannya. Mesej yang penting yang diungkap oleh DSAI ialah:
1. Sempena Ramadhan jangan lupakan ibadah hanya kerana kesibukan kita berkempen. membaca dan memahami alquran seharusnya dijadikan disiplin kepada umat islam.
2. Alquran turun di bulan Ramdhan dan memberi implikasi kepada kehidupan umat agar menjadikan alquran sebagai tanda kebesaranNYA dan petunjuk kehidupan manusia. Alquran juga adalah furqan sehingga jelas kehidupan seorang muslim yang beramal dengan alquran dengan muslim yang tidak beramal dengan alquran. INilah intisari dari alquran yang seharusnya menjadi asas panduan hidup.
3. Menyeru semua penduduk agar memilih Ust. Salleh Man sebagai calon DUN mereka kerana terbukti beliau lebih baik dari calon BN. Beliau juga memberi gambaran jika ust Salleh Man terpilih maka dia akan dilantik sebagai ketua MAIPP. Ini tamparan bagi UMNO kerana yang memegang sekarang adalah dari YB UMNO yang akan tamat dalam masa dua bulan.
Disamping Anwar, YB Lim Guan Eng dan YB Lim Kit Siang mendengar hujah-hujah dan tazkirah tersebut. Saya kagum melihat YB Lim Guan Eng sanggup datang ke surau dan bertemu rakyat di situ. Hebat kerana tidak pernah terjadi dalam kerajaan sebelum ini.


Sambutan dari penduduk sekitar amat menggalakkan. Saya sempat bersembang dengan beberapa orang di situ yang kebetulan adalah kg di mana saya pernah tinggal menyewa di situ semasa tingkatan enam pada tahun 1981-1982. Surau tersebut juga adalah surau kami berjemaah bersama Allahyarham Tok Wan Said di setiap waktu. Kenangan lama mengusik jiwa tetapi suasana memang sudah berbeza.

Selepas berbuka kami ke masjid Tengah Berapit yang juga merupakan masjid kami solat jumaat setiap minggu. Bertemu dengan Ust. Lan yang kebetulan rumahnya bersebelahan dengan masjid. Setelah solat tarawikh kami terus ke tempat ceramah Perdana di Tanah Liat. Walaupun hujan rintik-rintik tetapi sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk tempatan memberi semangat kepada semua penceramah.

Jam 12.00 mlm kami berangkat pulang ke Ipoh.(bahan kempen akan diupdate esuk).


Penduduk sedang menunggu kedatangan DSAI.
Ust Zul, Hj Hani dan Hj Harun turut bersama ngobrol..












DSAI sedang berucap dan memberi tazkirah. YB Lim Guan Eng dan YB LIm Kit Siang mendengar dengan serius..