foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, May 22, 2009

MAHKAMAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT PERAK...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

23 mEI

Sekalipun mahkamah telah memberi keputusannya namun rakyat Perak umunya menolak dengan alasan yang sangat simple:

1. Rakyat sudah dapat mengagak bahawa mahkamah masih di bawah arahan Najib, BN UMNO. Mereka tidak perlukan keputusan dari mahkamah tetapi mereka inginkan kuasa memilih kerajaan di serahkan semula kepada mereka melalui undi. Bukan bererti mereka tidak hormatkan raja tetapi mereka tidak boleh terima lagi apa juga bentuk pemaksaan.

2. Dari 3 kawasan yang YBnya melompat dengan jelas masih berpihak ke PR. Yang melompat Yb bukan rakyatnya. Jika mesej simple ini masih tidak dapat diterima oleh BN UMNO dan sultan maka nantikanlah yang terburuk dari riaksi rakyat. Jika tidak mahu bubar semua bubarkanlah yang 3 kawasan ini dan biar rakyat yang menentukan hak mereka.

3. Zambry nak buat kerja apa dalam suasana sekarang? Mungkin bolehlah bagi upah kepada kuncu-kuncu yang telah berhempas pulas menjayakan projek rampasan ini tetapi untuk rakyat saya tidak nampak dan tidak yakin. Hanya secara istiadat Zambry kelihatan exist tetapi secara moral ianya sudah lama ghaib kecuali Zambry dengan cerdik dan berbesar hati bersaing secara anak jantan membuat permohonan pembubaran DUN dari sultan dalam tempuh terdekat. Jika tidak maka selagi itulah Perak akan di Mbkan oleh MB mayat. Sanggupkah Zambry menerima gelaran ini????

Kenyataan di bawah jelas menunjukkan UMNO akan pertahankan kerajaan rampasan itu dan Zambry jadi kambing hitam mereka.... Soal maruah dan soal nilai tidak perlu dalam suasana sekarang. Jadi seharusnya Zambry dengan semangat petriotik jangan lagi tunduk kepada desakan pemimpin UMNO BN dan beliau harus menunjukkan sifat kepimpinan sebenar sebagai anak Perak. Jika beliau bubarkan DUN maka nama beliau sebelum ini yang telah tercemar akan kembali baik. Rakyat Perak akan mengenangkannya sampai bila-bila. INilah watak pemimpin berjiwa rakyat.

DUN Perak tidak akan dibubar

KUALA LUMPUR 22 Mei - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan tunduk dengan kehendak pakatan pembangkang supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin berkata, ini kerana kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah diputuskan sebagai sah.

"Mahkamah telah mengesahkan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sebuah kerajaan yang sah, jadi apa kewajarannya pada peringkat ini ia perlu dibubarkan, sekiranya tiada Menteri Besar itu cerita lain. Itu pandangan mereka (pembangkang).

"Saya berpendapat dengan keputusan mahkamah ini, maka tiada keperluan untuk dibubarkan DUN kerana apa yang penting BN perlu memikul amanah yang diberikan oleh rakyat supaya kita mentadbir negeri dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan parti pembangkang supaya DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan semula.

Sementara itu, mengulas keputusan Mahkamah Rayuan di sini hari ini yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah, Muhyiddin berkata, keputusan itu jelas menunjukkan langkah yang diambil oleh BN adalah selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak.

Beliau berharap dengan keputusan itu yang menjadi petanda berakhirnya kemelut Perak akan dihormati dan diterima dengan hati terbuka oleh pembangkang.

Katanya, keputusan itu juga memberi peluang kepada Zambry menjalankan tugasnya sebaik mungkin tanpa lagi diganggu sehingga boleh membantutkan pentadbiran dan menjaga kebajikan penduduk.

"Ia telah disahkan oleh mahkamah, jadi tidak perlu diungkitkan lagi, BN sebelum ini menerima keputusan sama ada menyebelahi kita atau tidak dengan hati terbuka dan menghormatinya.

"Amat tidak wajar jika pembangkang berkempen mempertikaikan keputusan itu, saya harap tidak begitulah kerana memberi implikasi menghina mahkamah dan juga akan menimbulkan kesangsian dan kekeliruan di kalangan rakyat," katanya.

Muhyiddin berkata, Zambry kini memikul tugas amat berat untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat Perak terhadap BN selain meneruskan usaha pembangunan dan kebajikan penduduk yang telah tertangguh sejak beberapa bulan lalu akibat kemelut itu.

"Harapan saya kepada rakyat Perak untuk menerima keputusan ini, jaminan BN adalah untuk mengutamakan kepentingan dan kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira sebarang perbezaan kaum dan fahaman politik.

"Jangan lagi persoalkan tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sebelum ini kerana semua yang baginda buat adalah betul dan selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak," katanya.

habis

HR9808: Inilah salah satu bentuk desakan dan komitmen dari PR di Perak dengan mengadakan mogok makan...

dikembalikan kepada semua rakyat," kata setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming."SebPakatan Rakyat menganjurkan mogok lapar 72 jam bagi mendesak pembubaran DUN Perak dalam usahanya menentang pengambilalihan kuasa BN sejak Februari lalu. Mogok lapar yang bermula jam 10 pagi Selasa ini di Wisma DAP negeri, di depan bangunan DUN, akan dirasmikan oleh menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker mereka V Sivakumar.Ia akan berakhir dengan solat hajat pada petang Khamis ini di pejabat Perak.Program bantahan seumpama itu pertama kali sejak krisis itu berlarutan hampir empat bulan lalu walaupun Mahkamah Rayuan semalam mengesahkan pelantikan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar.Mohammad Nizar akan menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan panel tiga hakim di Putrajaya yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 11 Mei lalu."Kempen mogok lapar adalah satu usaha serius untuk menghantar satu mesej supaya hak demokrasi uah kerajaan yang demokratik mesti mendapat dari rakyat. Rakyat tidak mahu kerajaan mereka ditentukan oleh seorang hakim sahaja, sebaliknya hak asasi rakyat Perak berjumlah 2.4 juta untuk pilih kerajaan sendiri ditolak begitu sahaja." Beberapa ADUN Pakatan di Perak yang tiada masalah kesihatan dijangka turut menyertai mogok tersebut. Selain itu, mereka juga menganjurkan orang ramai berpakaian hitam.

KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG MEMPERMAINKAN DENYUT NADI RAKYAT...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

22 Mei

Sejak 2 hari lalu hati saya seperti berkata-kata apabila Najib ke Singapura diulang-ulang di media BN kerana pada hari yang sama ada keputusan besar (Mahkamah diarah untuk bersama dengan Zambry) akan berlaku. Politik Najib tak jauh beza dengan Mahathir. Ala baling batu sembunyi tangan. Manis di mulut hati busuk macam bangkai. Jadi sahlah bahawa style politik ini akan berterusan selagi belum ada pilihanraya yang akan datang.

Perkara kedua yang membuatkan hati saya berkata-kata ialah pada hari Khamis Sultan Perak bersama Zambry di Kampar merasmikan majlis rasmi kerajaan. Jadi sahlah bahawa sultan memang mahukan Zambry. Soal mahkamah hanyalah lakonan semata-mata agar kelihatan pemimpin Malaysia demokratik.

Perkara ketiga yang membuatkan hati saya berkata-kata ialah pembebasan 13 pejuang Hindraf dan tida sebarang tindakan Hishamuddin terhadap Uthayakumar. Semua ini adalah umpan agar rakyat Perak khasnya tidak berang dan marah atas perbuatan mereka merampas kerajaan Perak.

Pelajaran yang dapat diambil dari semua ini:

1. Pemimpin PR harus lebih kuat mempersiapkan jentera politiknya kerana dengan jelas Najib dan kuncunya bermain politik secara muslihat yang amat jahat. Di mata rakyat banyak mereka seperti jaguh dan bermanis muka dengan semua pihak. Rasanya pemimpin PR sudah faham hal ini dan jangan berlengah lagi. Keluarkan fakta-fakta kebejatan mereka terhadap rakyat agar mulut mereka dapat ditutup dan langkah-langkah licik mereka dapat dihalang.

2. Penyokong PR harus sedar dan bersiap sedia dengan hal yang terburuk. Jangan ambil mudah slogan-slogan mereka kerana ianya bagaikan racun yang jika ditelan oleh rakyat akan memberi kelumpuhan total dalam pendirian mereka. Kenyataan Soi Lek sebagai kodinator BN bagi PRU!3 mempunyai strategi yang mereka tiru seperti yang dibuat oleh PR sebelum ini. Sudah pasti ianya memberi impak jika PR lambat bertindak membersihkan strategi kotor ini.

3. Kepada Nizar saya teringat sms dari Dr. Badrul setelah saya minta saran dari beliau..."Allah Hakim..Maha Besar". Saya terenyuh sebentar mendengarkan saran singkat dari beliau. Kita harus lebih kuat dari semua cabaran ini dan yakin bahawa Allah lah tempat kita bergantung dan berserah. Allah maha segalanya. Inilah tarbiyah terbaik yang harus mengalis dalam denyut nadi para pejuang ketika berdepan dengan ujian seperti ini. Surah Al buruj seharusnya kita ulang berkali-kali dengan harapan ruh komitmen perjuangn orang terdahulu meresap ke jiwa kita. Mereka dihina dan ditertawakan oleh para pembesar yang zalim dan tanpa sedikitpun mereka berubah dari terus berkomitmen kepada ajran Allah. APa yang terjadi di Perak sebenarnya amat kecil jika dibandingkan apa yang telah terjadi kepada Ashabul ukhdud...

4. Desakan berterusan wajib diteruskan kerana keputusan yang menzalimi rakyat terbanyak wajib ditentang, APa juga bentuknya wajib dilaksanakan. Ayuh kita bersatu menentang kezaliman ini sehingga ianya tersungkur ke bumi.!!!

Mahkamah Rayuan: Tiga hakim putus Nizar kalah
Wan Nordin Wan Yaacob Fri May 22, 09 3:55:59 pm MYT
PUTRAJAYA, 22 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.
Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop memberi keputusannya itu jam 3.50 petang tadi.
Semalam, panel tiga hakim itu mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.
Permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.
Berhujah bagi pihak Nizar, peguam Sulaiman Abdullah, berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan.
Tetapi tambahnya, berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri, yang beliau mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.
"Oleh yang demikian, Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota dewan undangan negeri," katanya.
Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satu-satunya cara bagi memecat Nizar daripada jawatan ialah melalui undi tidak percaya.
"Oleh itu, kami menyatakan bahawa tidak ada sebab bagi mahkamah ini untuk tidak mengikut dan mengguna pakai kes Ningkan bagi kes kami ini," katanya.
"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi hanya diputuskan oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman.
Sulaiman mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang semalam.
Sementara itu di sebelah paginya peguam Dato' Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.
"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkenaan telah terkhilaf," katanya.
Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.
"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya)," katanya.
Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sama ada Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.
"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," katanya.
Cecil berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh DUN bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.
Dalam penghujahannya, Cecil juga berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusannya tanpa mengambil kira fakta tepat dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kes itu.
"Penghakiman itu, secara menyeluruh, tidak mengambil kira fakta dan dokumen berkenaan dan ini menjadikan pengisytiharan yang dibuat Mahkamah Tinggi, adalah silap," katanya.
Cecil berkata, bukti dokumen menunjukkan tidak wujud kebuntuan dalam politik Perak sebelum Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Feb.
"Ini kerana, pada 3 Feb, tiga anggota dewan undangan negeri Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), telah mengemukakan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Nizar dan berikrar menyokong Barisan Nasional.
"Surat berkenaan diterima Sultan pada pukul 3 petang, iaitu sebelum Sultan menerima menghadap Nizar pada pukul 5 petang.
"Sehingga 5 petang semalam, apabila Nizar memohon pembubaran itu, bagaimanakah keadaan politik di Perak ketika itu? Yang Arif hakim perbicaraan telah gagal menimbangkan dan mengambil kira sepenuhnya perkara ini dalam penghakiman beliau," kata Cecil.
Sementara itu, Abdul Gani berkata Nizar tidak boleh mendakwa beliau mendapat keyakinan majoriti kerana terdapat jumlah undi sama banyak iaitu 28 bagi keduadua pihak (Pakatan dan Barisan Nasional).
"Dalam kes ini, 50-50. Ia bererti tidak ada majoriti atau minoriti. Malah, responden (Nizar) mendapat 28 undi, termasuk Speaker V.Sivakumar, tapi mengikut peraturan tetap, speaker tidak boleh mengundi," katanya.
Abdul Gani juga berkata apabila Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, beliau mengaku berlaku kebuntuan dalam dewan undangan negeri itu.
"Kebuntuan bererti tidak ada undi majoriti atau minoriti. Bagaimana pula, pada mulanya, Nizar berkata beliau mendapat undi majoriti, tapi pada waktu yang sama, mendakwa wujud kebuntuan," katanya.
Selepas selesai perbicaraan semalam, Nizar berkata beliau yakin akan sokongan rakyat Perak terhadapnya.
"Apa yang kami minta ini adalah untuk mereka dan apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah," katanya.
Terdahulu sebelum persidangan bermula, barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.
Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.
Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.
Isu perundangan melibatkan Zambry dan Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar selepas BN mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.
Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Zambry selesai.
Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu. - azm/mks. _

Walau kalah 3-0, Nizar mahu penyokong bersabar
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | May 23, 09 | 12:22:49 am MYT

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin meminta agar penyokongnya bertenang meskipun Mahkamah Rayuan tidak menyebelahinya.

ImageSemasa diminta mengulas kekalahan beliau itu, Nizar yang nyata kecewa dengan keputusan tersebut bagaimanapun berkata terpaksa menerima keputusan itu.

"Walaupun kalah, saya pasti saya tetap menang di hati rakyat, dan kemenangan BN ini hanya akan membuatkan rakyat semakin membenci BN," ujarnya.

Begitupun, Nizar tidak mahu penyokong Pakatan Rakyat membuat tindakan yang membelakangi undang-undang.

"Saya harap penyokong bersabar.Kita akan berusaha dan saya akan membuat rayuan pula di mahkamah persekutuan kerana ruang itu masih ada untuk saya berbuat demikian," ujarnya.

ImageBeliau juga menyeru Zambry untuk mencadangkan kepada Sultan membubarkan Dun Perak bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang benar-benar sah.

Sementara itu Adun PAS Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah pula turut meminta penyokong bertenang

Beliau mahu penyokong dapat menerima hakikat keputusan yang telah diumumkan hari ini walaupun ia satu keputusan yang berat untuk diterima.

"Saya minta mereka bertenang dengan apa yang telah diumumkan oleh hakim walaupun tidak memihak kepada pakatan rakyat, kita yakin kebenaran akan dicapai," katanya.

"Sebagaimana yang saya jelaskan sebelum ini.. walaupun BN menang tetapi politik di Perak tidak akan tenteram dan aman melainkan diadakan pembubaran Dun," tegasnya.

Bagi Khalil Idham, majoriti tipis yang memihak kepada BN dengan jumlah wakil rakyat yang dibeli sebanyak tiga orang dari Pakatan Rakyat menggambarkan betapa rapuh kerajaan yang ada di Perak.

Dalam keputusannya, panel tiga hakim yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian pada 21 Mei sebulat suara menerima rayuan Zambry.

ImageDalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN. - wann/mks. _

HR9808: Kenyataan dari Husam mungkin ada relevannya kerana semalam ada info yang sama saya terima dari sumber di Perak. Soal ikhlas atau tidak info ini tidak menjadi masalah kerana sememangnya sejak dari awal ianya adalah permainan politik elit politik di Malaysia samada dari dalam istana atau luar. Isu selamatkan wang rakyat tidak ada dasar yang kukuh kerana setelah berbulan-bulan dengan masalah birokrasi di Perak betapa banyak kerugian di pihak rakyat. Najib memang bijak untuk menjahanamkan kebajikan rakyat banyak dan inilah buktinya. Jika rakyat di kampung belum nampak maka inilah tugas pemimpin PR menjelaskannya. Sendiwara mereka di mata rakyat mungkin seperti berkesan tetapi saya yakin dalam masa beberapa bulan ini semua sendiwara akan jelas kelihatan dan rakyat dengan sendirinya akan menolak mereka. Najib ke Singapura untuk sambung kontrak yang pada zaman Pak Lah telah dibatalkan kerana mahu selamatkan wang rakyat tapi sekarang mahu disambung semula? INi bukankah kemahuan Mahathir dan kroninya? Jadi apakah ini slogan rakyat didahulukan atau Mahathir di dahulukan? Kroni Mahathir memang banyak support Najib dan inilah sebenarnya slogan 1 Malaysia Najib dan Mahathir punya. Cukuplah mempersendakan rakyat!!!

Keputusan Mahkamah Rayuan diatur?
Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | May 23, 09 | 8:07:40 am MYT

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa menyatakan beliau telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, dan hakikatnya benar apabila semalam mahkamah membuat keputusan sedemikian.

"Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.

"Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini," jelasnya dalam satu kenyataan.

Keputusan ini memberi kesan besar, baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, kata Husam.

"Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya," katanya.

Persoalannya ujar Husam, sama ada negara sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses 'tabung uji di luar rahim' iatu Dewan Rakyat atau Dun seperti yang difahami sebelum ini.

"Khususnya Najib, sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agong boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?," soalnya.

Pada Husam, tiga atau lima hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman negara.

Melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar, apa lagi keputusan Mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan,katanya.

"Berbalik kepada Perak. 'Ramalan' saya seterusnya ialah, Majlis BN akan bersidang. Kemudian Zambry kononnya bersetuju menyerahkan mandat kepada rakyat dengan mengadap Sultan Perak untuk pembubaran," katanya.

Memang itu yang dihasratkan oleh Pakatan Rakyat tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak,katanya.

Husam bertegas, sepatutnya proses pembubaran juga perlu didahului dengan keputusan mahkamah yang adil. - mks._