foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, April 15, 2009

KEPUTUSAN STATUS YB ELIZABERT...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

15 apr

Soal isu bogel sejak dari awal bagi saya lebih bersifat personal dan kemungkinan perancangan rapi dari lawan politik. Jadi alangkah rugi jika isu ini terlalu diperbesarkan sehingga hilang kerusi pula. Isu moral apapun tetap wajib dipertahankan dan jika ada mana-mana pihak yang terlibat tidak perlu disokong dan wajar dikenakan tindakan tegas. Dari facebook jelas menunjukkan betapa YB Eli..sangat diharapkan oleh teman, penyokong dan rakyat Bukit Lanjan.

Cacat moral harus ditakrif kepada skop yang melebar dan tidak hanya ditentukan kepada seseorang semasa bertugas sahaja. Bermoral atau tidak bukan ditentukan oleh jawatan seseorang tetapi ianya adalah kesedaran yang lahir dari keperibadian seseorang. Itulah sifat dirinya samada berada di tempat terbuka atau tertutup. Tetapi jika dengan sengaja diintip dan difoto kemudian disebarkan ke khalayak maka ianya amat berbeza. Yang seharusnya dihukum ialah siapa yang menyebarkan foto tersebut tetapi sayangnya sampai sekarang belum tertangkap..selalunya kes begini cepat aje ditangkap..pelikkan..?? Inilah status kes di Malaysia..berbeza antara satu kes yang berkaitan dengan BN UMNO dengan PR..


KENYATAAN MEDIAAPRIL 15, 2009

KEPUTUSAN STATUS YB ELIZABETH WONG SHAH ALAM:
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat keputusan untuk menawarkan YB Elizabeth Wong agar kembali meneruskan tugas beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.Justeru itu, jika YB Elizabeth menerima keputusan ini, beliau akan diminta kembali dari cuti untuk meneruskan perkhidmatan beliau kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Selangor mulai esok.Kerajaan Negeri juga berpendapat keputusan ini adalah wajar dan adil setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta perkembangan mutakhir siasatan polis yang sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah diberi taklimat tentang keputusan ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Selangor, saya menjujung kasih ke atas pendirian Tuanku untuk tidak mencampuri urusan politik serta memberi kepercayaan penuh kepada Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan yang adil dan terbaik.Perlu ditekankan disini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor memandang serius isu moral dan akan senantiasa memastikan pimpinan Negeri menjunjung prinsip ini. Oleh itu, jika ada sebarang bukti yang kukuh, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun demikian, pendirian ini juga harus di imbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang dan Kerajaan Negeri amat serius mempertahankan hak ini.(tamat)

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR