foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, March 31, 2009

AMALAN POLITIK UMNO SUDAH KETINGGALAN ZAMAN...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

31 MAC

Rakyat sudah menjangkakan akan berlaku manipulasi politik terbesar dalam sejarah di Bukit Gantang kerana beberapa sebab:

1. Bukit Gantang penentu kredibiliti UMNO BN khasnya di Perak dan amnya di Malaysia. Jika kalah bermakna UMNO BN sudah ditolak oleh rakyat.
2. Untuk pastikan menang seperti biasa undi hantu akan bermaharajalela sekalipun akan dipantau oleh ribuan rakyat. Menyekatnya bagaikan menyekat air banjir.
3. Institusi Di raja akan dipaksa untuk berperanan bagi menyokong UMNO BN. Bagi UMNO BN ini tidak salah kerana kepentingan politik pemerintah/kerajaan sekarang. Lalu akan wujudlah kenyataan demi kenyataan dari pihak istana. Soal benar atau tidak no 3 yang penting UMNO BN mesti menang. Walaupun ianya bakal menjadi masalah besar di Perak dan Malaysia tetapi itu soal lain yang penting perintah/berkuasa.
4. Jabatan Kerajaan dan badan berkanun yang sepatutnya bebas dari penglibatan politik membantu BN, tapi itu semua halal kononnya demi Melayu. Ini bukan sahaja tidak adil tetapi dibenarkan oleh SPR..
5. Gengster upahan di dunia maya (blog, web, sms) dan tidak maya sudah beraksi secara rambang. Bila ada pihak UMNO yang mengugut Nizar..polis macam kena ikat hidung. Sekadar berhibur mendengar berita itu dan ini adalah perbuatan tidak bermaruah dan tidak demokratik. Para penceramah UMNO BN didampingi oleh puak-puak ini dengan wajah pecah rumah dan tarik kereta di sekeliling mereka. Inilah kebanggaan mereka (pemimpin UMNO BN )berkawan dengan penarik kereta.
6. Merayu pengundi tua dan muda dengan kaedah cerita fitnah. Mereka bukan sahaja tidak bermoral bahkan melampaui batas kemanusiaan. Cerita Nizar jadi imam yang sekelumit diperbesarkan macam sebuah pulau. Rakyat akan menolak hujah-hujah seperti ini kerana nampak sekali ianya kebudak-budakan. Tak sangka Zambry pun terlibat dengan membesarkannya..!!

Jangan sentuh isu Altantuya, Sultan Perak

TAIPING 31 Mac - Semua parti politik dilarang daripada menggunakan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam siri ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.
Parti-parti terlibat turut dilarang mempertikaikan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memberi perkenan kepada Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Negeri Perak.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, syarat tersebut mesti dipatuhi semua pihak sekiranya mahu permit ceramah mereka diluluskan.
"Polis tidak mahu mana-mana parti politik menggunakan isu-isu tertentu untuk menghasut rakyat. Jika bertujuan untuk menghasut rakyat memang kita tidak akan benarkan, perkara itu adalah jelas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak berkata, syarat tersebut dikeluarkan kerana kedua-dua kes berkenaan masih dibicarakan di mahkamah. (HR9808: tapi Razak Baginda sudah di England..lari atau berihat?)
Sehubungan itu, katanya, kes tersebut tidak boleh disentuh kerana dikhuatiri subjudis.
Katanya, peraturan itu mesti dipatuhi bagi menjamin ketenteraman awam di kawasan Parlimen Bukit Gantang tidak tergugat.

"Umno berubah dari kurang baik kepada teruk"
Irwan Muhammad Zain Tue Mar 31, 09 5:59:35 pm MYT

KAMUNTING, 31 Mac (Hrkh) - Umno hanya berubah daripada pemimpin yang kurang baik kepada yang lebih teruk, tegas Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.

Perubahan yang diuar-uarkan oleh pemimpin Umno selepas pemilihan parti itu baru-baru ini tegas beliau tidak berlaku sebaliknya pelbagai masalah sedang dihadapi kesan dari keputusan pemilihan tersebut.
"Apa yang berubah kalau pemimpin yang disahkan oleh Lembaga Displin Umno sendiri pun masih boleh menang dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.
"Perubahan yang mereka gembar gemburkan itu hanyalah semata-mata untuk menutup pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno,"
tegas beliau.
Pergolakan yang masih berlaku dalam Umno itu tegas Haron Din membuktikan Umno kini semakin lemah dan terpaksa memainkan isu-isu yang remeh dalam usaha mereka untuk menawan kembali kerusi parlimen Bukit Gantang.
Umno tegas beliau, masih lagi terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan menakutkan rakyat kerana jika tidak menggunakan cara tersebut mereka akan mengalami kekalahan besar.
Beliau menegaskan demikian dalam satu Forum Perdana sempena kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang yang diadakan di sini baru-baru ini.
Selain beliau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Badrul Amin turut menjadi ahli panel forum tersebut yang dipengerusikan oleh Ustaz Idris Ahmad.
Haron Din juga menegaskan pengundi di Bukit Gantang harus bijak membuat pilihan sama ada mahu memilih pemimpin dari parti yang semakin tidak diyakini atau pemimpin dari parti yang memperjuangkan keadilan dan ketelusan untuk semua rakyat.
Justeru itu beliau berharap agar pengudi-pengudi di Bukit Gantang tidak terpengaruh dengan segala dakyah yang dibuat oleh Umno dan membuat pilihan dengan bijak. - mks._

HR9808: Aktiviti spt AMK wajib diangkat segera supaya pengundi hantu dapat ditangkap dan dimasukkan dalam botol..para pengundi hantu adalah pekerja upahan dari pemimpin berjiwa HANTU..tak pasti hantunya Altantunnya atau memang hantu betul bakal PM yang datang..??

AMK kesan ramai pengundi diragui di Bukit Selambau
Bashir Ishak Tue Mar 31, 09 3:32:26 pm MYT

SUNGAI LALANG, 31 Mac (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan (AMK) mengesan wujudnya ramai pengundi yang diragui statusnya dalam Dun N.25 Bukit Selambau.

Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa mendedahkan perkara demikian dalam sidang media harian KeADILan yang diadakan di Bangunan Yayasan Aman di sini pagi tadi.
Menurutnya, di lokaliti Taman Bandar Baru dalam peti undi Taman Bandar Baru, AMK telah mengesan seramai 2,215 daripada keseluruhan 3,544 orang pengundi yang diragui statusnya.
"Umpamanya d rumah No. 3 di Taman Bandar Baru terdapat 60 orang pengundi berdaftar di situ. Rumah-rumah di sana tidaklah besar tetapi diduduki oleh peghuni dari berbilang bangsa," katanya.
Justeru katanya, AMK akan membuat siasatan di rumah berkenaan bagi membuat kepastian keadaan sebenarnya.
"Kita juga akan terus membuat kajian bagi kesemua lokaliti yang terbabit di dalam Dun Bukit Selambau ini dan akan mengemukakan bantahan kepada SPR supaya dapat dibuat pembersihan dalam daftar pemilih yang ada," jelasnya. - mns _

PKR terdesak bangkit isu pengundi hantu
SUNGAI PETANI 31 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terdesak kerana cuba membangkitkan semula isu pengundi hantu dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan tersebut langsung tidak menunjukkan semangat demokrasi kerana mereka sanggup menggunakan apa sahaja cara termasuk mengulangi cerita yang tidak benar untuk meraih undi.
"Tuduhan pengundi hantu ini bukanlah perkara baru. Apa yang menghairankan ialah, kalau betul tuduhan mereka, kenapa tidak pula dibangkitkan di kerusi yang menang.
"Di negeri Kedah, kini mereka yang memerintah, malah tempat ini pun dulunya kerusi mereka.
"Kalau mereka menang tak ada pula pengundi hantu, tapi kalau nampak gaya kalah atau sudah kalah, timbullah isu ini,"
katanya kepada para pemberita selepas menyampaikan peruntukan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM210,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Getah, dekat sini hari ini.
(HR9808: Bantuan di saat kempen bukan perbuatan hantu? Inilah bapak hantu. Rakyat dah muak dengan cara kempen mee segera?? Cukuplah..!!

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR, Fariz Muda yang mengatakan terdapat sebanyak 2,215 pengundi hantu di kawasan DUN Bukit Selambau.
Menurut Fariz, pengundi hantu terbabit didapati berada dalam senarai pemilih di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di sini.
Menteri Pelajaran yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil BN DUN Bukit Selambau, berkata, taktik PKR yang menggunakan strategi menuduh BN membawa pengundi hantu dianggap cetek dan memang boleh diduga.
"Itulah perkara yang sama mereka bangkitkan. Malangnya, strategi ini sudah cetek dan semua sudah tahu," katanya.
Menurut beliau, BN juga percaya parti pembangkang akan memainkan lebih banyak isu terutama berkait rapat dengan sentimen kaum dalam tempoh terdekat.
"Saya ingin beri jaminan bahawa kalaulah isu perkauman dibangkitkan, rakyat harus sedar bahawa ia bukanlah datang daripada BN sebaliknya pembangkang.
"Apa yang penting ialah rakyat kini boleh menilai siapa yang lebih ikhlas,"
katanya.

HR9808: Menilai siapa yang lebih ikhlas bukan sekarang tapi 8 Mac 2008 lalu cuma UMNo masih selamat kerana ditolong oleh konglomerat hantu, Menteri hantu dan pengundi hantu. Jika tidak ada pengundi hantu Malaysia sudah lama berada di bawah PR. Soal cetek tak cetek bukan hal penting tetapi yang jelas kemenangan UMNO BN dari beberapa tahun yang lampau adalah dari sokongan dari undi hantu. Alhamdulillah sekarang rakyat sudah sedar dan cepat bertindak tetapi dulu...alahai UMNO BN janganlah bersendewara di balik kain koyak!!!

HR9808: Sdr pejuang kebenaran dan keadilan..sila berhenti sejenak untuk menilai diri kita dalam perjuangan ini. Sila cek sedalam-dalamnya niat kita berpolitik dan arah mana kita berpolitik? Sering kali kita terkeliru dan sesat jalan kerana kita tidak pasti arahnya. Jadi mari kita merenung bersama terutama para pemimpin yang dicalonkan atau tidak dalam mana-mana pilihanraya!! Berdepan dengan musuh politik mungkin sebentar tetapi berdepan dengan keikhlasan dalam hati kita setiap saat sepanjang masa!! Berjuanglah seperti seorang pejuang yang mengharapkan redha Allah (bagi yang Muslim) dan ingin memanfaatkan untuk rakyat jika terpilih. Tanamkan niat ini sedalam-dalamnya sehingga ianya benar-benar kukuh dan membuahkan hasil maslahat ummah di mana-mana sahaja. Inilah bezanya kita dengan UMNO!!!..renungkan nasihat ulama di bawah!!

Dr. Daud Rasyid
Nafsu Ingin Menjadi Pemimpin
Rabu, 25/03/2009 09:48 WIB

Kalian akan berebut untuk mendapatkan kekuasaan. Padahal kekuasaan itu adalah penyesalan di hari Kiamat, nikmat di awal dan pahit di ujung. (Riwayat Imam Bukhori).
Perbedaan zaman Salafus-sholeh yang paling ketara dengan zaman sekarang, salah satunya dalam ambisi kepemimpinan. Dulu, khususnya zaman sahabat, mereka saling bertolak-tolakan untuk menjadi pemimpin.
Abu Bakar Shiddiq diriwayatkan, sebelum diminta menjadi Khalifah menggantikan Rasulullah mengusulkan agar Umar yang menjadi Khalifah. Alasan beliau karena Umar adalah seorang yang kuat.
Tetapi Umar menolak, dengan mengatakan, kekuatanku akan berfungsi dengan keutamaan yang ada padamu. Lalu Umar membai’ah Abu Bakar dan diikuti oleh sahabat-sahabat lain dari Muhajirin dan Anshor.
Dari dialog ini dapat kita pahami bahwa generasi awal Islam, yang terbaik itu, memandang jabatan seperti momok yang menakutkan. Mereka berusaha untuk menghindarinya selama masih mungkin. Tapi di zaman ini, keadaannya sudah berubah jauh.
Orang saling berlomba untuk menjadi pemimpin. Jabatan sudah menjadi tujuan hidup orang banyak. Semua tokoh yang sedang bertarung mengatakan, jika diminta oleh rakyat, saya siap maju. Inilah basa basi mereka. Entah rakyat mana yang meminta dia maju jadi pemimpin. Sebuah kedustaan yang dipakai untuk menutupi ambisi menjadi pemimpin.
Keberatan para Sahabat dulu untuk menjadi pemimpin, dikarenakan mereka mengetahui konsekuensi dan resiko menjadi pemimpin. Mereka mendengar hadits-hadits Nabi Saw tentang tanggung jawab pemimpin di dunia dan di akhirat. "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggung jawabannya. Imam (kepala negara) adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggung jawabannya atas kepemimpinannya...".
Dalam hadits yang lain Nabi Muhammad Saw memprediksi hiruk pikuk di akhir zaman soal kekuasaan dan menjelaskan hakikat dari kekuasaan itu. Beliau bersabda seperti dilaporkan oleh Abu Hurairah :
Kalian akan berebut untuk mendapatkan kekuasaan. Padahal kekuasaan itu adalah penyesalan di hari Kiamat, nikmat di awal dan pahit di ujung. (Riwayat Imam Bukhori).
Juga Rasulullah Saw memperingatkan mereka yang sedang berkuasa yang lari dari tugas dan tanggung jawabnya sebagai pelayan rakyat dan tidak bekerja untuk kepentingan rakyatnya, dengan sabda beliau : “Siapa yang diberikan Allah kekuasaan mengurus urusan kaum Muslimin, kemudian ia tidak melayani mereka dan keperluan mereka, maka Allah tidak akan memenuhi kebutuhannya.” (Riwayat Abu Daud).

Dan dalam riwayat at-Tirmizi disebutkan : “Tidak ada seorang pemimpin yang menutup pintunya dari orang-orang yang memerlukannya dan orang fakir miskin, melainkan Allah juga akan menutup pintu langit dari kebutuhannya dan kemiskinannya.”
Hadits-hadits yang ada lebih banyak menggambarkan pahitnya menjadi pemimpin ketimbang manisnya. Sedang mereka adalah generasi yang lebih mengutamakan kesenangan ukhrowi daripada kenikmatan duniawi. Itulah yang dapat ditangkap dari keberatan mereka.
Sementara orang yang hidup di zaman ini berfikir terbalik. Yang mereka kejar adalah kesenangan duniawi yang didapat melalui jabatan dan kekuasaan. Mereka lupa dengan pertanggung jawaban di hari Kiamat itu. Mereka tidak segan-segan bermanuver dan merekayasa untuk mendapatkan jabatan dan kekuasaan itu.
Kadangkala cara yang dipakai sudah hampir sama dengan cara kaum kuffar atau kaum sekuler, menghancurkan nilai-nilai akhlak Islam yang sangat fundamental; mencari dan mengumpulkan kelemahan lawan politik dan pada waktunya aib-aib itu dibeberkan untuk mengganjal jalan kompetitornya.

Ada pula yang mengumpulkan dana dengan cara-cara yang tak pantas dan tak bermoral. Mendukung calon kepala daerah dalam pilkada dari partai mana saja, asal dengan imbalan materi dengan menyerahkan uang yang besar. Terserah orang itu menang atau kalah nanti, tak begitu penting, yang penting uangnya sudah didapat.
Para pemburu kekuasaan itu beralasan, jika kepemimpinan itu tidak direbut, maka ia akan dipegang oleh orang-orang Fasik dan tangan tak Amanah, yang akan menyebarkan kemungkaran dan maksiat. Tapi jika ia dipegang oleh orang soleh dan beriman, akan dapat mewujudkan kemaslahatan bagi masyarakat luas. Alasan ini memang indah kedengaran.
Namun kenyataannya, semua yang berebut jabatan mengklaim bahwa ia lebih baik dari yang sedang memimpin. Dan tidak ada yang dapat memberi jaminan bahwa jika ia memimpin, keadaan akan menjadi lebih baik.
Bahkan rata-rata orang pandai berteriak sebelum menjadi pemimpin, tetapi setelah masuk ke dalam sistem, mereka tak bisa berbuat banyak. Akhirnya mengikuti gaya orang sekuler. Yang mencoba bertahan dengan idealisme, mendapat serangan dan kecaman dari berbagai pihak, lalu akhirnya menyerah kepada keadaan.
Berapa banyak mantan aktifis mahasiswa yang sebelumnya kritis dan berdemo menentang rezim masa lalu, tetapi sesudah masuk ke dalam sistem, tidak bisa merubah apa-apa, bahkan menggunakan cara-cara yang dipakai oleh rezim sebelumnya, memanfaatkan jabatan untuk menimbun uang dan kekayaan.
Kemudian merekapun menyiapkan alasan-alasan pembelaan; antara lain, merubah sesuatu tak bisa sekejap mata, tetapi harus bertahap, menilai sesuatu tak boleh hitam-putih, apa yang ada sekarang sudah lebih baik dari masa sebelumnya.
Keadaan seperti ini semakin memperkuat keyakinan sebagian orang, bahwa memperbaiki sistem tidak harus masuk terjun ke dalam sistem itu. Bahkan tak mungkin melakukan perubahan selama kita ada di dalam. Sebuah logika terbalik dari slogan yang digembar gemborkan pihak lain, yang kalau mau merubah sistem, harus terjun ke dalam sistem itu. Ternyata kebanyakan yang pernah terjun ke dalam sistem, tidak mampu merubah kerusakan yang ada. Bukan sekedar tak mampu membersihkan, justru ikut terkena kotoran.
Memang ada sebagian yang masuk ke dalam sistem dengan cara yang sah, lalu berjuang di dalamnya dengan penuh resiko, mencoba melakukan perubahan dan bertahan dengan prinsip-prinsip yang dipegangnya.
Mereka ini biasanya kalau tak tersingkir, dimusuhi atau makan hati.
Gerakan Islam sebenarnya lebih besar dari sekadar Partai Politik yang dibatasi oleh aturan-aturan formal, aturan main, dan bahkan ideologi kebangsaan.


Gerakan Islam berjuang untuk jangka waktu yang tak terbatas, hingga Islam itu tegak berdiri dengan kokoh. Lingkup kerjanya juga tidak hanya menyangkut soal-soal politik.
Ketika gerakan Islam menjadi partai politik, sebenarnya ia sedang dipasung dan dihadapkan pada agenda kacangan yang didiktekan kepadanya yang bukan menjadi agenda utamanya. Bahkan kesibukannya mengurusi soal-soal politik hanyalah pembelokan dari target utama dan juga pemborosan energi yang tak setimpal dengan hasil yang dicapainya. Ibarat membayar dengan harga emas untuk membeli besi.
Betapa sayangnya seorang yang sudah tiga puluh tahun malang melintang dalam gerakan Islam, ujung-ujungnya hanya menjadi tukang lobi kesana-kemari untuk memperjuangkan kursi alias kekuasaan. Sungguh menyedihkan. Yang diperjuangkan oleh gerakan Islam adalah sebuah agenda besar yang mendunia (Ustaziyyatul ‘Alam), bukan agenda lokal dan sektor sempit dan terbatas.
Lalu di sini mungkin pertanyaan akan muncul, apakah urusan lokal yang berujung pada kemaslahtan ummat Islam itu diabaikan? Jawabannya jelas tidak. Akan tetapi biarlah masalah-masalah lokal dan sektoral itu diurusi oleh anak-anak ummat yang mempunyai kualitas lokal.
Adapun gerakan Islam yang sudah mendunia haruslah bekerja sesuai dengan kapasitasnya. Tak pantas pemuda-pemuda gerakan diminta mengurus pilkada, pemilu, menempel-nempel poster, apalagi bertarung dengan orang-orang yang tak sekapasitas dengannya.
Gerakan Islam sekali lagi harusnya mengurusi hal-hal yang lebih besar, lebih strategis, yakni pembinaan ummat, membangun generasi intelek dan beriman, mengarahkan pemikiran ummat kepada cara berpikir yang Islami setelah mengalami degradasi. Anak-anak gerakan yang tak naik kelas bolehlah dipersilahkan terjun ke dunia politik praktis. Karena sampai di situlah mungkin batas kemampuannya.
Ada hikmahnya kenapa Allah swt tidak mengizinkan gerakan Islam di negeri induknya berkecimpung dalam politik praktis secara besar-besaran. Karena hal itu akan membuat mereka lalai dari perjuangan utama. Target utamanya bukan untuk mendapat kursi Perdana Menteri, atau bahkan Presiden sekalipun, tetapi untuk menjadi qiyadah fikriyah bagi pergerakan Islam sedunia.
Andaikan peluang lokal itu terbuka, niscaya mereka akan sibuk dengan masalah-masalah parsial di lapangan sementara tugas mereka jauh lebih kompleks dari membenahi sebuah negara yang masyarakatnya sudah rusak secara ideologis, moral dan perasaan.
Tugas Gerakan Islam lebih besar dari membersihkan korupsi, ketimpangan ekonomi, ketidak merataan pembangunan. Tugas mereka adalah mengembalikan penyembahan kepada Allah setelah mengalami degradasi dengan menuhankan manusia dan Tuhan-tuhan lainnya. (Ikhrojun Naas min Ibadatil Ibad ilaa Ibadatil Robbil Ibaad).