foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, February 24, 2009

SYABAS KEPADA PR YANG MENYERANG SECARA PROFESIONAL TERHADAP BN..UMNO..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

25 fBER

Pendekatan bertahan oleh PR sebelum ini amat merugikan rakyat kerana kesempatan itu diambil sepenuhnya oleh kerajaan BN haram di beberapa negeri PR. Kami menyokong sepenuhnya gerakan membongkar dan melondehkan segala-galanya yang termampu. Jangan bagi muka lagi dan kesempatan kepada para perompak rakyat di mana sahaja mereka berada. Mereka adalah makhluk perosak yang khianat kepada negara dan rakyat. Teruskan sehingga mereka tersungkur tanpa celana di bumi ini...!!
Mana-mana YB seperti Ibrahim Ali..juga suruh balik kampung dan ternak itik lebih bagus dari berceloteh entah ape-ape di parlimen..buat malu rakyat Kelantan aje (dia ni dah macam itu sebelum dan selamanya) ..aje..


Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo
Ahmad Tajdid
Wed | Feb 25, 09 | 1:21:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.

Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.

"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.

Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.- tajdid_

Kes Altantuya, siasat segera siapa 'gembala kambing'- Azmin

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Feb 25, 09 | 9:38:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mempertikai keenganan pihak berkuasa termasuk polis dan bahagian pendakwaan yang enggan menyiasat DSP Musa Safri sebagai saksi penting dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata, meskipun nama Musa Safri selaku pengiring kanan Timbalan Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak disebut-sebut berulang kali dalam pengakuan tertuduh, Koperal Sirul Azhar, namun hingga kini tiada siasatan dibuat ke atas beliau.

"Inilah hujah yang telah kita kemukakan dari awal bahawa kita tak tunding jari kepada TPM atau mana-mana individu cuma kita tuntut proses siatan yang perlu adil dan saksama.

"Dalam konteks ini tertuduh diminta beri keterangan bersumpah, dan tertuduah kata berulang kali penglibatan Musa Safri yang juga ADC kepada TPM.

"Tertuduh ada menyatakan di mana beliau bertemu dengan Musa beberapa kali dan tertuduh beberapa kali berunding dengan beliau(Musa) di pejabat TPM, kenapa Musa tak dipanggil beri keterangan?," soal Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Parlimen pada 24 Februari lalu semasa diminta mengulas isu pengakuan Sirul Azhar dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Sekurang-kurangnya kata Azmin, untuk membuat pertuduhan kepada seseorang, sebelum itu proses siasatan perlu berjalan dahulu dengan semua individu yang terbabit disiasat.

Apa yang menggemparkan tertuduh (Sirul) telah membuat keterangan di mahkamah bahawa beliau adalah 'kambing hitam' dalam kes ini, katanya.

Bagi Azmin, keterangan Sirul ini sesuatu yang amat serius dimana ada individu yang berpengaruh yang tiada dalam mahkamah dalam kes ini.

Namun individu itu secara terang ada pengaruh di luar yang di kalangan pembesar yang terbabit,

Malangnya walaupun pengakuan bersumpah ini dibuat di mahkamah, sehingga kini tiada sebarang usaha polis atau pendakwaan menyiasat hal ini, katanya.

"Ia boleh dikemukakan sebagai bukti baru, tetapi siasatan tak dibuat malah dipadamkan oleh media milik Umno/BN," tegasnya.

Beliau juga melihat pengakuan Sirul yang mengaku dirinya sebagai 'kambing hitam' dalam kes tersebut menjelaskan lagi kewujudan 'Gembala Kambing'.

Baginya, 'Gembala Kambing' itu adalah pembesar yang berpengaruh yang boleh mempengaruhi dan menguasai pihak berkuasa.

Sebelum ini, dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Kamarul Hisham turut berhujah bahawa pelanggannya telah dipersalahkan atas jenayah yang dilakukan oleh orang lain.

Menurutnya, pihak pendakwaraya gagal mengemukakan bukti lengkap mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya mahu orang mempercayai bahawa Sirul terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan membuang semua bukti fizikal kemudiannya. _

Umno: 269 calon bertanding, 900 aduan rasuah

Abdul Aziz Mustafa
Tue | Feb 24, 09 | 9:37:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Dengan 269 calon yang bertanding merebut pelbagai jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno dan ketiga-tiga sayap parti itu pada pemilihan yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan, setakat November lalu sahaja 900 aduan rasuah telah diterima.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyifatkan rasuah pada pemilihan kali ini adalah paling serius.

Tidak diketahui berapa banyak kes rasuah sepanjang kempen pemilihan tersebut yang tidak diadukan.

Ketika mengecam gejala itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, jika orang yang menghulur rasuah menang dalam pemilihan Umno Mac ini, kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika yang menang adalah orang yang menghulur rasuah maka Umno akan dipimpin oleh perasuah.

"Dan kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika BM menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan," kata bekas Presiden Umno itu.

Tindakan membanteras rasuah di dalam Umno bagaimanapun ditentang oleh ahli-ahli parti itu.

30 Januari lalu, ahli-ahli Umno menunjuk perasaan membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras gejala politik wang ketika Majlis Tertinggi (MT) parti itu sedang bermesyuarat.

Mereka yang menunjuk perasaan di pekarangan Menara Dato Onn itu turut menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan SPRM itu.

Mereka membawa sepanduk-sepanduk yang tertulis "Kami menolak SPRM, boleh belah", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Lembaga disiplin sudah nyanyuk".

Penentangan sedemikian bukan sahaja datang dari ahli-ahli Umno.

Sebuah blog, politica-net.blogspot.com, yang dipercayai dikendalikan oleh seorang ahli parti itu mendedahkan ada "orang besar" menghalang siasatan ke atas salah seorang calon Timbalan Presiden Umno yang dibabitkan dengan hampir 400 dakwaan rasuah. _

hr9808: Kenyataan di bawah adalah bukti menunjukkan pemimpin UMNO sudah tidak ada integriti dan maruah. UMNO akan tenggelam buat selamanya jika mereka meneruskan kebodohan dan kedunguan di depan rakyat alaf baru..Dulu ye sekarang sorry la...Hanyutlah kome dengan cara kome dan rakyat akan tunjukkan kepada kamu semua dalam pilihanraya nanti..!!!

MEDIA BN YANG KANTOI..

Tidak perlu siasat kes ditutup tiada bukti

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Lembaga Disiplin UMNO tidak perlu membuka semula kes rasuah melibatkan pemimpin parti itu yang telah ditutup oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ketiadaan bukti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah meneruskan siasatan tidak harus dibuat kerana SPRM telah menyiasat kes berkenaan secara terperinci dan mendapati tiada bukti kukuh.

''Ini adalah perkara yang mesti diputuskan oleh Lembaga Disiplin, tetapi pandangan saya kalau ia sudah pergi kepada SPRM dan suruhanjaya ini telah membuat keputusan tidak ada kes, jadi eloklah kita terima.

''Kalau dia sudah tutup, takkanlah pihak Lembaga Disiplin hendak terus kaji, hendak korek lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi 1/2009 di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa sebanyak 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin UMNO sepanjang pemilihan peringkat bahagian tahun lalu yang diterima SPRM ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.

Menurut laporan yang memetik sumber SPRM itu, sebanyak 27 lagi kes dirujuk kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan di peringkat dalaman mengikut Perlembagaan parti itu kerana ia berkait rapat dengan soal disiplin.

Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata, sebarang keputusan oleh SPRM harus diterima oleh parti itu kerana suruhanjaya berkenaan mempunyai lebih kemampuan untuk melakukan siasatan.

''Lembaga Disiplin kita tidak sampai pada peringkat SPRM untuk membuat siasatan," jelasnya.

HR9808: UMNO sedang menyiapkan kain kapannya... Rakyat akan tolak sepenuhnya keranda kamu ke jurang hina yang dipenuhi sampah sarap dan bangkai..!!!!

Beliau berkata, keputusan SPRM itu juga boleh diterima kerana siasatan yang dibuat adalah berasaskan pada aduan-aduan yang telah dikemukakan oleh orang UMNO sendiri.

''Dia tidak hantar kepada Lembaga Disiplin. Dia pilih hantar kepada SPRM, jadi suruhanjaya tidak mengelak.

''SPRM tentulah telah respons dan telah buat siasatan dan telah pun umumkan (keputusan). Kalau kes tutup, tutuplah," katanya.