foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, February 17, 2009

APA AKAN JADI JIKA INFO BOGEL PEMIMPIN UMNO DAN BN DISEBARKAN.....??

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

18 FEBR

Dari segi moral dan akhlak memang tak cantiklah nak balas lawan hal bogel dengan bogel. Sejak dari dulu strategi ini telah diguna pakai oleh pemimpin UMNO dan BN tanpa rasa malu. INilah yang patut kita bincangkan:

1. Implikasi dari halalnya strategi ini pasti menimbulkan huru hara dalam negara kita kerana stok foto dan vedio porno pemimpin UMNO dan BN terlalu banyak. Seandainya kita buka dan dedahkan setiap hari lima file sahaja maka dalam masa dua bulan MP dan ADUN UMNO dan BN semuanya terpaksa letak jawatan. Letak jawatan bermakna ada pilihanraya lain. Apakah sanggup dan sedia untuk berdepan dengan risiko ini wahai para malaun politik UMNO dan BN?

2 INdustri percetakan media akan maju dengan terfokus mencetak foto porno dari pemimpin VIP Malaysia yang tersebar ke seluruh dunia. Maka penduduk dunia akan gelak ketawa melihat style politik kunu pemimpin UMNO dan BN yang menghalalkan pornografi. Di Indonesia telah diluluskan undang-undang anti ponografi dan di Malaysia berbeza..semua boleh asal boleh perintah Malaysia. Amat memalukan dan memuakkan....

3. Rakyat akan hilang rasa hormat kepada para pemimpinnya bahkan mereka akan membenci sampai ke mati apatah lagi jika membayangkan foto bogel pemimpin tua yang dah kendur (maaf tak ada perkataan yang sesuai selain kendur atau bahasa Peraknya melebeh-lebeh atau menjulor). Inilah sebahagian dari implikasi halalnya strategi bogel. Jika para pemimpin UMNO dan BN tetap berkeras untuk meneruskan strategi ini maka bersiap sedialah dengan risiko ini. Risiko hilangnya identiti, integriti, budaya, moral, akhlak dan segalanya dari bangsa Malaysia buat selamanya. Selamat tinggal kepada visi 2020 dan selamat berpisah Hadhari..yang ada ialah foto bogel pemimpin Malaysia di merata dunia. Ya..inilah pilihan pemimpin kuno yang suka mengundur ke belakang. Bangsa lain terus maju kita berpatah arah kerana strategi mendapatkan kuasa.

KOmentar di bawah menarik untuk direnung oleh pemimpin UMNO!!!...

PAS dan skandal seks pemimpin parti lawan
Ahmad Tajdid
Wed | Feb 18, 09 | 2:30:51 am MYT

BUKANlah sesuatu yang wajar jika kehidupan peribadi seseorang didedahkan kepada umum, apatah lagi jika ianya menyentuh tentang aib seseorang. Apatah lagi jika 'kejahatan' yang dilakukan itu dibuat di tempat tertutup dan pelakunya sendiri tidak berbangga dengan maksiat yang dilakukannya dan berasa malu jika kejahatannya diketahui orang.

Itulah sebenarnya hikmah mengapa tuduhan zina perlu ditampilkan dengan empat orang saksi. Dan saksi-saksi itu mestilah lelaki yang adil dan tidak fasik. Semuanya bertujuan untuk menjaga aib orang yang dituduh dan untuk memastikan tidak ada insan yang teraniaya dengan tuduhan itu.

Apa yang menimpa Adun Bukit Lanjan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong adalah sesuatu yang malang. Selepas gambar separuh bogel yang dirakamkan ketika beliau tidur disebarkan kepada media massa, MMS dan internet, Elizabeth mengambil keputusan meletakkan jawatan Exco dan Adun walaupun beliau sebenarnya teraniaya.

Atas dasar prinsip, Elizabeth sanggup melepaskan jawatan kerana bimbang masalah peribadinya itu akan dieksploitasi oleh musuh-musuh politiknya untuk memburuk-burukkan organisasi politik dan kerajaan negeri yang diwakilinya.

Setakat ini, ramai yang menyatakan simpati terhadap apa yang dialami olehnya termasuk Pergerakan Wanita MCA. Bagaimanapun, ada juga pemimpin Umno yang mendesak beliau meletakkan jawatan.

Antara yang terawal memberi komen ialah bekas Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo. Turut sama mengalu-alukan keputusan Elizabeth untuk meletakkan jawatan ialah Ketua Menteri Melaka yang juga calon Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam.

Begitulah gelagat pemimpin Umno. Mereka sibuk dengan soal moral dan akhlak pemimpin-pemimpin bukan Islam (seperti yang menimpa Elizabeth dan Adun Bukit Selambau, V Arumugam di Kedah), tetapi tidak pula prihatin dengan akhlak dan moral para pemimpin parti mereka sendiri, yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Ketika Mohd Khir Toyo menjawat Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, tiga skandal peribadi membabitkan dua ahli Dewan Rakyat dan seorang ahli Dewan Negara Umno Selangor cuba dipendamkan beliau dari pengetahuan umum.

Khir tidak pula sibuk mendesak ketiga-tiga pemimpin Umno negeri itu supaya meletakkan jawatan, malah tempoh 'senatorship' salah seorang daripada mereka dilanjutkan!

Dan sebenarnya, jika skandal seks dan moral para pemimpin Umno didedahkan satu persatu kepada umum, pastinya kita akan loya dan muntah apabila mendengarnya!

Bagi mereka yang agak ragu-ragu, percayalah... Ini bukannya 'cubaan', tetapi benar-benar kejadian!

Penulis tidak berhasrat untuk mengaibkan mereka, tetapi cukuplah untuk memberi amaran kepada para pemimpin parti tertentu supaya tidak bertindak di luar batasan.

Mungkin ramai yang mengenali Tan Sri Abdullah Ahmad atau Abdullah Kok Lanas. Abdullah lewat kolumnya di sebuah akhbar berbahasa Melayu (ketika menerajui akhbar terbabit) pernah membangkitkan dilema yang dihadapi oleh para pemimpin parti sebuah negeri di Semenanjung untuk mencari seorang calon Menteri Besar. Calonnya sudah dikenal pasti, tetapi ada yang tidak bersetuju kerana bakal pemimpin itu dikenali sebagai seorang yang suka berpoya-poya ketika belajar di luar negara.

Tidak payahlah bagi penulis mendedahkan siapakah pemimpin itu. Bagi mereka yang ingin tahu, buatlah carian sendiri di perpustakaan ataupun arkib untuk membaca tulisan Abdullah Kok Lanas.

Ketika menjelang pilihan raya umum 1995, isu khalwat membabitkan seorang pemimpin muda PAS hangat diperkatakan. Para pemimpin Umno menggunakan isu ini semaksimum mungkin untuk menjatuhkan maruah PAS. Bagaimanapun dengan kebijaksanaan para pemimpin PAS, isu khalwat itu dapat ditangani dengan baik. Pemimpin muda PAS itu didapati tidak bersalah oleh mahkamah dan menang di kawasan parlimen yang ditandinginya dengan majoriti lebih besar.

Di waktu yang sama, para pemimpin PAS dan Harakah menerima maklumat daripada sumber yang tidak diketahui tentang skandal seks membabitkan seorang pemimpin parti lawan PAS yang juga diwar-warkan sebagai calon Menteri Besar di sebuah negeri Pantai Timur Semenanjung.

Lebih memeranjatkan, pemimpin terbabit pernah menerajui sebuah institusi agama dan kerap kali menyerang PAS dalam pelbagai isu agama dan politik. Malah beliau jugalah yang sering 'tumpang semangkuk' memberi komen dan mengulas tuduhan khalwat pemimpin muda PAS itu.

Penulis sempat bertemu dengan seorang pemimpin kanan PAS untuk mengesahkan maklumat yang diterima. Malah pemimpin PAS itu tidak menafikan maklumat yang diperolehi. Beliau bukan sahaja menjadi teman rapat pemimpin terbabit ketika kejadian itu berlaku, malah diminta menjadi wakil untuk meminang wanita tersebut bagi pihak pemimpin politik itu!

Bagaimanapun, skandal seks itu tidak dijadikan modal oleh PAS untuk memburuk-burukkan lawan politiknya. Meskipun begitu, para pemimpin parti tersebut diberitakan terpaksa mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu itu; khuatir jika ia dijadikan modal kempen oleh PAS negeri.

Dan ketika Setiausaha Perhubungan PAS negeri terbabit ditanya sama ada mahu menggunakan isu skandal seks itu dalam kempen pilihan raya, beliau penuh yakin berkata: "Itu bukan cara kita berpolitik."

Isu skandal seks pemimpin bukanlah suatu yang asing dalam politik negara. Seperti kata Menteri Besar Kedah ketika menjawab soalan wartawan berhubung dakwaan salah laku moral yang melanda bekas Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Bukit Selambau, V Arumugam: "Ada yang lebih teruk daripada itu, buat hubungan dengan suami dan isteri orang..."

Dan pastinya yang berperangai seperti itu ialah pemimpin Melayu yang beragama Islam.

Kita yakin kisah-kisah penarafan-X (x-rated) itu ada dalam 'kocek' Ustaz Azizan. Cuma sebagai pemimpin sebuah parti Islam, beliau tidak tergamak meluahkannya di khalayak umum.

Bukan akhlak dan moral PAS untuk bertindak seperti Umno. Tetapi jika keadaan sudah menjadi tidak terkawal dan BN secara berterusan menggunakan tektik kotor ini... Adakah pilihan lain bagi PAS??_

Apa komen dari pemimpin UMNO memang kantoi .....

Tiada kaitan dengan BN

PUTRAJAYA 17 Feb. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar hari ini meminta pakatan pembangkang supaya tidak mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan isu penyebaran gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sudah ada dakwaan yang cuba disebarkan oleh pakatan pembangkang bahawa apa yang berlaku itu ialah satu perancangan daripada BN.

''Saya ingin menegaskan bahawa apa juga yang berlaku dalam parti pembangkang bukannya ada kaitan dengan BN.

''Bukannya BN yang suruh dia telanjang dan bukan BN yang ambil gambar dia. Jadi, apa kena mengena dengan BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pengiklanan Usahawan 2009 di sini hari ini.

HR9808; INi komen seperti dari anak tadika tak cukup vitamin...wartawan tak payah le dimuatkan dalam media..memalukan rakyat aje...

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang memberitahu, ia adalah cara propaganda pembangkang yang mempamerkan bahawa mereka sahaja yang betul dalam semua aspek.

''Kita harap rakyat sedar bahawa ini satu taktik dan penipuan serta manipulasi politik yang cukup hebat oleh parti pembangkang," katanya.

Hr9808: Rakyat dah masuk sekolah lah...tak payah lebih sangat. ..Hang pun kena juga nanti...

HR9808: InFO TERKINI- Kami telah mengenal pasti beberapa tempat yang disyaki menjadi tempat persembunyian YB ADUN Perak yang melompat. Kami akan memberi info lanjut atas perkara ini. Strategi bogel adalah salah satu cara UMNO BN untuk mencuri perhatian rakyat atas isu Rompakan Kerajaan Perak dari PR. Semoga tempat persembunyian (YB yang sebelum ini diculik UMNO) yang dikawal rapi oleh gengster UMNO akan membuat para YB tersebut berfikir seribu kali lagi kerana persidangan DUN Perak belum dapat terlaksana maka mereka masih ada peluang untuk mengubah haluan dan bertaubat. Duit RM 20 juta tu..kembalikan sahaja kepada rakyat termiskin di Perak dan kami doakan YB semua dilindungi Allah. Bertindak pantas YB sebelum anda menjadi hamba sepanjang hidup anda.!!!Kami juga kenal dan mengawasi gerak laku gengster UMNO yang berkeliaran di kawasan berkenaan!!!.

Ceroboh hak peribadi Elizabeth perbuatan tak bermoral
Salmah Mat Husain
Wed | Feb 18, 09 | 5:53:01 pm MYT

KOTA BHARU, 18 Feb (Hrkh) - Pihak tertentu yang menceroboh hak peribadi Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dianggap sebagai manusia yang tidak bermoral.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa juga menyifatkan media yang menyiarkan berita berhubung perkara itu juga sebagai tidak mempunyai moral.

"Ini kerana mereka mendedahkan hak peribadi Adun terbabit," katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab merakam secara curi gambar separuh bogel Adun terbabit yang sedang tidur di atas sopa di kediamannya.

Kemudian pihak berkenaan menyerahkan kepada akhbar tertentu sehingga menjadi berita paling hangat sehari dua ini.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan berkata, dua isu yang perlu diketahui umum iaitu bagaimana penyebaran gambar itu boleh berlaku di internet dan siapa yang menceroboh serta merakamkan gambar tersebut.

Menurutnya tindakan itu tidak dapat ditolak dilakukan bagi tujuan politik khususnya mereka yang tidak ada nilai moral.

"Jadi dalam kes ini Elizabeth lebih berprinsip dan beliau merasakan libiliti kepada perjuangan lebih penting sehingga sanggup melepaskan jawatan. Tindakan itu merupakan langkah yang baik," ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan pihak berkuasa yang dianggap masih membisu terhadap aduan bekas Adun Bukit Selambau, V. Arumugam yang membuat laporan polis, beliau dan keluarga diugut pihak tertentu.

"Dalam soal seperti ini wakil rakyat PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mempunyai standard moralnya yang tersendiri," katanya.

Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim pula menyifatkan tindakan pihak tertentu menyebarkan gambar peribadi Elizabeth kepada umum sebagai tidak beradab.

Menurutnya, perbuatan itu dilakukan semata-mata untuk memburukkan imej negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Kata beliau pihak terbabit masih tidak berpuas hati terhadap kemenangan Pakatan Rakyat sehingga sanggup mencipta pelbagai isu di luar normal kemanusiaan.

"Kita jangan cepat melatah dengan isu-isu sebegini terutama yang berlaku di negeri Pakatan kerana ia adalah kerja jahat musuh bagi melemahkan kita," ujarnya. - mj _

Isu Elizabeth media beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat
Iskandar A Samad
Wed | Feb 18, 09 | 4:49:00 pm MYT

Sejak hari Isnin lepas, saya telah mendapat panggilan telefon yang bertalu-talu dari pelbagai wartawan memohon pandangan saya tentang kes yang melibatkan rakan Exco, YB Elizabeth Wong.

Saya telah memilih untuk tidak memberi sebarang ulasan kerana adalah tidak adil untuk memberi komen berdasarkan fakta-fakta yang diterima dari pihak ketiga. Tambahan pula, tujuan kebanyakan media arus perdana hanyalah untuk memberi gambaran yang buruk terhadap Pakatan Rakyat.

Contohnya kenyataan akhbar PAS Selangor tentang kejadian ini telah tidak disiarkan dengan sepenuhnya mungkin bertujuan untuk menunjukkan seolah-olah parti-parti Pakatan Rakyat sedang berbalah.

Tiga hari selepas berita yang melibatkan YB Elizabeth mula disiarkan, banyak pandangan dan ulasan telah disiarkan dari pelbagai pihak dan mungkin tidak perlu lagi bagi saya untuk membuat sebarang komen.

Walau bagaimanapun saya ingin menyatakan bahawa saya kurang bersetuju dengan mereka yang berkata BN yang merancang untuk menjatuhkan YB Elizabeth. Saya berpendapat motivasi mereka yang melakukan kerja-kerja terkeji ini mungkin bukan politik semata-mata tetapi juga ekonomi.

Elizabeth terkenal sebagai seorang aktivis alam sekitar. Beliau tegas di dalam usaha-usaha untuk melindungi alam semulajadi. Saya yakin ramai yang tidak puas hati dengan ketegasan beliau ini.

Sama ada pemaju yang tidak boleh melakukan sebarang pembangunan di cerun kelas 3 dan 4 kerana polisi Kerajaan Negeri yang menghalang pembinaan di cerun-cerun itu atau pemilik kilang yang pernah diambil tindakan kerana mencemar alam sekitar.

Jika ini benar maka saya amat bimbang kerana Exco-Exco lain yang tidak �memihak� kepada pihak-pihak tertentu akan turut menjadi mangsa. Hari ini mungkin foto-foto YB Elizabeth, esok mungkin Exco-Exco yang lain akan diperangkap. Bukan susah untuk memerangkap atau memfitnah seseorang. Seorang lagi Exco, YB Dr. Halimah Ali baru-baru ini difitnah telah ditangkap berkhalwat walhal pada ketika itu beliau berada di dalam satu majlis rasmi dan JAIS menafikannya.

Hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini tetapi Selangor mungkin akan kehilangan seorang Exco yang berwibawa, tegas, prihatin dan adil. Beliau lantang memperjuangkan hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira dari apa bangsa dan agama sekalipun.

Pernah beliau bersungguh-sungguh mempertahankan hak sebuah sekolah agama di Lembah Jaya, Ampang ke atas tanah mereka yang telah diberikan kepada sebuah syarikat pemaju.

Banyak pihak mahu YB Elizabeth dikenakan tindakan jika terdapat sebarang salah laku tetapi trauma yang beliau lalui sejak Isnin lepas mungkin sudah memadai sebagai satu hukuman.

Iskandar Abdul Samad

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan_


Darihal 'perang' di Bukit Lanjan
Ali Bukhari Amir
Tue | Feb 17, 09 | 11:59:30 pm MYT

Saya tak mengenali Elizabeth Wong dengan rapat. Secara umum, saya mengenali Wong sebagai watak yang lahir dengan tiba-tiba menjelang Reformasi pada 1998. Sememangnya 'madrasah' reformasi telah melahirkan ramai aktivis-aktivis jalanan dengan begitu sihat sekali.

Itulah perkenalan kali yang pertama. Kenal secara umum. Jadi, jika kehadiran beliau lebih awal daripada itu, saya mohon maaf. Saya cuba menulis dengan jujur.

Kali kedua saya mengenali beliau, ialah tatkala saya diminta berucap dalam mesyuarat bagi membincangkan isu pindaan Auku pada tahun 2007 di Parlimen di mana Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mempengerusikan majlis tersebut.

Kebetulan, Wong berada di sebelah kanan saya dan beliau berucap membantah Auku dengan kedudukannya sebagai wakil NGO Hakam kalau tak salah ingatan saya.

Kali ketiga, dalam peristiwa tahun lepas, saya pergi ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz atas urusan tertentu. Di situ, saya terserempak dengan Wong.

Beliau pun bukan mengenali saya. Dia berpakaian serba hitam seperti peguam dan dia kelihatan sibuk sekali atas tujuan pekerjaannya. Di tangannya ada sekeping kertas yang agak besar.

Apabila saya melihat kertas itu, rupa-rupanya ia adalah sebuah peta. Walaupun dia kelihatan sibuk, saya cuba juga bertanya, apakah yang beliau sedang lakukan dengan peta itu.

"Ya.. banyak betul kawasan-kawasan hutan simpan di Selangor ini yang dah diteroka," kata Wong sambil dibukanya peta itu dengan luas. "Kita ambil alih negeri ini dalam keadaan kawasan hijau ini sudah diteroka," kata Wong kepada saya.

Dalam suatu kenyataan media, Wong pernah berkata bahawa negeri Selangor adalah negeri yang pertama mempelopori proses yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi.

"Sungai tidak akan diganggu dan begitu juga kawasan-kawasan hutan yang lain," kata beliau lagi. Maka, menurut kacamata saya, komitmen Wong terhadap kerjanya amat tinggi.

Maka, melihat kesungguhan Wong memberikan penerangan ringkas, tapi bertenaga dan bersemangat itulah, maka terdetik di hati dan fikiran untuk menemuramah beliau mengenai perancangannya sebagai Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri Selangor berhubung isu-isu alam sekitar.

Dalam fikiran saya, tentulah lebih banyak kisah panas yang boleh dikongsi bersama berhubung isu-isu tanah hutan yang diteroka ketika Selangor di bawah jajahan Umno, BN sebelum ini. Apatah lagi ketika Selangor di bawah penjajahan Khir Toyo. Mungkinkah ada lebih banyak cerita?

Dalam genggaman Wong, ada warna hijau di peta (kawasan hutan ditandakan sebagai hijau dalam peta) itu yang semakin mengecil di negeri Selangor, maka saya teringat pula kawasan di Bukit Lanjan.

Kebetulan.. jika tiada aral melintang, saya mungkin berhijrah ke Damansara Perdana yang berdekatan dengan jalan-jalan kampung di Bukit Lanjan itu. Lalu, saya menggodam beberapa maklumat daripada internet. Maka, inilah hasilnya..

Sekilas latarbelakang Bukit Lanjan
Bukit Lanjan sebenarnya adalah sebuah bukit dalam daerah Petaling, Selangor. Kawasan undi bagi Dun Bukit Lanjan merangkumi Bandar Utama, Bandar Sri Damansara dan Kayu Ara.

Berdasarkan perangkaan lama di Wikipedia, terdapat kira-kira 25,550 pengundi berdaftar yang mana pecahannya - 52.8% Cina, 31.8% Melayu, 14.7% India dan 0.7% lain-lain bangsa.

Bukit Lanjan mempunyai kira-kira 50,000 penduduk. Secara keseluruhan, 25% daripada mereka adalah golongan berpendapatan rendah di Kg. Sg Kayu Ara dan penduduk rumah pangsa kos rendah di Pelangi Damansara.

Manakala 35% golongan berpendapatan tinggi mendiami kawasan Bandar Utama, Damansara Perdana dan Bandar Sri Damansara, manakala baki 40% adalah kumpulan yang berpendapatan sederhana.

Asalnya, di atas Bukit Lanjan itu terdapat perkampungan Orang Asli daripada suku kaum Temuan. Kini kawasan itu telah dibuat penempatan semula untuk dijadiikan Desa Temuan, berhampiran Damansara Perdana.

Tok Batin suku kaum itu bernama Kanau. 30% Temuan di sini beragama Islam, 20% (Kristian) dan selebihnya masih kekal mengamalkan faham dan kepercayaan animisme.

"Dulu..ada kawasan setinggan di situ. Kemudian kerajaan robohkan dan kisahnya tersiar di Buletin Utama, TV3," kata seorang pengawal keselamatan di pejabat kami.

"Kawasan ini mula dibangunkan sekitar 2007," kata seorang ajen hartanah. "Ketika itu.. rumah pangsa kos rendah di sini berharga sekitar RM42,000."

Jadi mungkin kawasan di situ dirobohkan pada zaman Khir Toyo sedang berusaha keras 'membersihkan' kawasan setinggan atas slogan 'setinggan sifar'.

Ketika inilah Khir Toyo sedang mengganas agaknya dan bersikap angkuh kepada orang-orang bawahannya sehingga sanggup 'menghadiahkan' penyapu kepada mereka.

Rakyat jangan dimalukan pemerintah, kelak binasa!
Siapa yang boleh melupakan penghinaan Khir Toyo ke atas Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail sekitar November tahun lalu ketika beliau menerima aib dan penghinaan paling besar dengan 'hadiah' penyapu?

''Kalau ada pilihan, saya sebenarnya lebih rela ambil VSS atau bersara awal daripada dapat hadiah penyapu yang bagi saya amat sukar untuk diterima,'' kata Tukiman kepada sebuah.akhbar aliran perdana.

Allah Maha Besar! Menurut perjanjian Sri Tri Buana dengan Demang Lebar Daun, anak-anak Melayu itu jangan diberi malu, jangan diaibkan dan jangan dihinakan walau sebesar manapun kesalahannya.

Tetapi, Melayu Harbi wal Hadhari tidak mahu mengambil iktibar daripada Sulalatus Salatin agaknya. Lalu, berlakulah segala sumpah dan ketetapan sebagai mana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin purba itu, iaitu pemerintahan yang memalukan rakyatnya akan diterbalikkan Allah s.w.t.

Wong, walaupun dia bukan Melayu, tetapi beliau adalah salah seorang daripada rakyat dan warganegara yang tidak boleh diaibkan hanya kerana Khir ghairah merebutkan kuasanya yang telah lama diterbalikkan oleh hukum Tuhan itu.

Tapi, jika Khir masih berdegil lagi, maka terimalah azab berikutnya, insya Allah.

Cara beliau membuat kenyataan beberapa hari lalu, menggesa Wong meletakkan jawatan itu pun sudah cukup menyingkap 'the true colours of Khir Toyo.'

Soalan cepu emas.. adakah mungkin 'rompakan' tiga Adun di Perak ini akan digantikan dengan tiga bukit baru-baru ini; Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Bukit Lanjan?

Wallahu'alam.. Biarlah kuasa Tuhan yang menentukannya..

4:15 a.m, 18 Februari
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Segala komentar boleh dimajukan kepada ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _

HR9808: Ada sesuatu yang amat pedih dibuatnya dari kes ini ialah apabila saya membaca dan menyemak beberapa komentar dari Menteri Muslim, blogger Muslim, media perdana dan web UMNO semuanya membayangkan mereka terlalu jauh dengan fahaman Islam sebenar. Mereka tidak sedar apa yang mereka bicarakan dan nukilkan sebenarnya melambangkan keperibadian seseorang. Ingin saya bertanya kepada para malaun ini semua...apakah dengan cara begini anda semua dapat memujuk bukan Muslim kepada Islam? Dari sini saya teringat kata-kata Yusuf Islam ketika beliau ditanya tentang Islam "Alhamdulillah saya dapat bertemu dengan ISLAM sebenar dari Alquran sebelum saya bertemu dengan orang Islam (Muslim)." Lama saya termenung mengenangkan kalimat mulia ini sehingga dalam kes ini kita tidak dapat melihat ada seorang tokoh dari politik UMNO yang berbicara sebagai seorang Muslim tapi mereka hanya bicara sebagai ahli politik yang jauh dari Islam...inilah HADHARI..dan inilah ajaran sesat lagi menyesatkan. Nauzubillah..Kami berlindung dari semua ini ..ya Allah!!!


Elizabeth Wong: PAS Selangor simpati, beri sokongan padu
Muhammad Arif Ismail
Thu | Feb 19, 09 | 9:42:34 am MYT

SHAH ALAM, 19 Feb (Hrkh) - PAS Selangor melalui Pesuruhjayanya Dato' Dr. Hasan Ali memberi sokongan padu kepada Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dalam usaha untuk membersihkan nama baik beliau

"Apa yang berlaku kepada Elizabeth Wong, PAS sangat bersimpati sama juga dengan rakan-rakan yang lain dalam Pakatan Rakyat.

"Kita juga sangat mengalu-alukan siasatan yang dibuat oleh pihak polis dan kita juga mengharapkan mereka dapat melakukan dalam keadaan mesra," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri petang semalam.

Hadir sama dalam sidang media itu beberapa orang Exco kerajaan Negeri seperti Dr. Halimah Ali, Iskandar Samad, Teresa Kok, Xavier Jayakumar, Rodziah Ismail dan Ronnie Liu.

Menurut Hasan, pihak polis diharapkan melakukan tugas mereka itu dengan sikap profesional yang tinggi.

"Kita juga mementingkan persoalan mengenai imej, keutuhan dan integriti kerajaan Pakatan Rakyat sebab itu persoalan moral ini bagi kita juga merupakan perkara yang sangat penting," katanya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,

Oleh itu katanya, PAS berpendapat bahawa apa yang berlaku itu merupakan sesuatu yang mendukacitakan kita dan akan berusaha dengan teman-teman yang lain dalam Pakatan Rakyat.

"Kita dalam Pakatan Rakyat pun, mencari apakah yang terbaik untuk membersihkan nama beliau dan beliau akan pulang ke sisi pangkuan kita.

"Sebagaimana yang kita tahu, Elizabeth Wong merupakan di antara pemangkin untuk memperkuatkan kedudukan Exco dan pembangunan Negeri Selangor," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan dalam sidang media yang sama bahawa satu perjumpaan dengan Tuanku Sultan pada Rabu ini, 25 Februari.

"Pertemuan ini bagi taklimat tentang isu yang berkaitan dengan Exco Kerajaan Negeri untuk mendapat nasihat dan panduan perkenan Tuanku," jelas beliau.

Menurut Menteri Besar, Kerajaan Negeri berharap agar pertemuan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk negeri Selangor.

"Manakala keputusan yang dibuat oleh Elizabeth Wong akan bercuti dan tugasnya akan dipertanggungjawab dan dilaksanakan oleh semua Exco," katanya. - azm/mks._

HR9808: Ha macam tulah..POLIS yang berwibawa tangkap jangan tak tangkap..yang paling bagus tangkap sekali yang bagi upah. JIka dapat polis test dengan kerongge dulu..amacam..Ini makhluk perosak beb kena bagi sekolah lah..!! Tapi jika sekadar menyedapkan cerite di media lebih baik tak usah le..Nanti akan jadi macam cendawan tumbuh foto vip politik diedarkan oleh makhluk perosak ni..Teman tak sanggup yop..malu beno..!! Pesan kepada semua pihak termasuk para otai blogger..sudilah kiranya memadamkan segala bentuk foto atau apa sahaja yang bernilai porno kerana anda sedang dikejar..Udahlah tu banyak keroje lain lagi dari duduk dilokap kerana foto bogel lebih baik noreh yop..!!!!

Polis kenal pasti


Seorang pegawai polis memasuki rumah Elizabeth Wong (kiri) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, semalam bagi menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar bogelnya di Internet baru-baru ini . – Sin Chew


SHAH ALAM 18 Feb. – Polis telah mengenal pasti teman lelaki kepada Elizabeth Wong yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan memanggil lelaki itu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bila lelaki itu akan dipanggil termasuk latar belakangnya.

“Kita akan panggil teman lelaki ADUN ini untuk kita rakamkan percakapan... Kita tahu siapa dia,” katanya selepas merasmikan bengkel khas kepada kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor sempena Tahun Zakat Selangor 1430 Hijrah di sini hari ini.

Bagaimanapun lelaki itu dipercayai berada di luar negara.

Tambah Khalid, pihaknya juga telah menerima dua keping gambar Elizabeth yang juga Exco kerajaan negeri dalam bentuk cakera padat daripada wartawan akhbar Malay Mail, semalam.

Kita akan teliti dua gambar ini. Dalam masa yang sama, kita akan teliti juga laman-laman web yang turut terlibat menyiarkan gambar- gambar ADUN ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khalid menasihatkan orang ramai yang memiliki gambar ADUN berkenaan supaya memusnah atau menyerahkan kepada pihak polis.

Beliau memberi amaran, orang ramai yang mempunyai gambar itu boleh ditahan serta dituduh kerana memiliki atau menyebarkannya kepada umum.

Saya nasihatkan mana-mana pihak yang ada simpan (gambar itu) agar musnahkan atau serah kepada pihak polis.

Kalau kita dapat kesan, kita akan tangkap dan mereka yang terlibat boleh dituduh memiliki atau menyebarkan gambar tersebut,” jelasnya.