foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, February 10, 2009

SULTAN DAN RAJA-RAJA-RAJA MELAYU DIAMBANG KERUNTUHAN...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

10 FEBR

Kekesalan rakyat terhadap sultan akan menggunug apatah lagi sekiranya terus terusan dilihat berat sebelah kepada BN dan UMNO. Soal ada habuan atau tidak dari BN tidak timbul lagi kerana sememangnya rakyat sudah tahu sejak dulu lagi. Mungkin adalah seorang dua yang terkecuali tapi umumnya maaf..mereka adalah taifah pelahap wang rakyat paling cergas di balik tabir perlembagaan. Akan sampai masanya segala nanah yang berada di bawah carpet UMNO akan mencuat keluar terutama ketika kedudukan BN semakin goyang di Malaysia. Yang membocorkan segalanya adalah dari mereka juga iaitu para penjilat nanah korupsi yang terdiri dari pemimpin BN dan UMNO. Bagaikan anjing tersepit mereka akan menyalak ke hulu ke hilir menyatakan hal kebobrokan yang mereka pernah dokong dan kecapi selama ini.

Tanda keruntuhan institusi Raja makin ketara hari demi hari bukan diakibatkan oleh rakyat atau pemimpin rakyat tapi dari para raja sendiri yang begitu akur dengan kehendak BN dan UMNO. Kredibiliti para raja sudah musnah di saat berbagai tindakan yang selama ini bersifat natural berubah senget ke BN. Sebenarnya bagi raja Melayu selama ini mereka begitu selesa dengan ayunan buai BN dan UMNO serta tidak pernah terbayangkan bahawa suatu ketika nanti BN dan UMNO akan tumbang menyembah bumi. Jadi keadaan di luar jangkaan menyebabkan semua raja-raja bimbang dan dari sinilah kelihatan mereka seperti melepaskan payung terjun tanpa perhitungan jerangkap rakyat sedang menanti di sana-sini. Kes di Perak, saya yakin sultan tidak pernah membayangkan beliau akan dipermalukan oleh rakyatnya sendiri tanpa arahan dari mana-mana pihak. Akibat mendengar tanpa teliti hujah dari Najib dan kuncunya maka sultan betul-betul terperangkap dengan tindakannya sendiri. Najib dan kuncunya ketawa terbahak-bahak melihat betapa menurutnya sultan dalam hal ini kepada arahan beliau. Tapi Najib juga akan menangis teresak-esak ketika mana boomerang yang sekarang sedang menghala ke dirinya..(kome tanggung ajelah sendiri)..

Sekali lagi pihak istana dilihat tidak punya data membumi di mana rakyat sebenarnya tidak minat lagi dengan BN dan UMNO di mana sahaja. Tidak membuminya data atau data dibutakan berakibat fatal sehingga rakyat angkat muka menentang muka para raja dan sultan. Ramai yang terkejut dengan fenomena ini tapi inilah lubang permulaan dari pecahnya sebuah empangan kekecewaan rakyat terhadap raja. Gengster UMNo tidak akan mampu menahan semua ini kerana rakyat dalam sejarahnya tidak pernah kenal gengster dan kekuatan rakyat akan mengatasi segalanya. Mungkin ada yang terfikir gesaan Khairi kepada gengster UMNO menghalang NIzar ke pejabat sebagai suatu yang hebat tapi sebenarnya tidak sama sekali. Ini arahan konyol dan jika ada gengster yang mahu nurut arahan tersebut adalah gengster bahlul yang tak cukup sekolah. Jadi sekali lagi kita lihat bahawa rakyat akan menentukan siapa yang paling berkuasa. Kononya ada perhimpunan di Ipoh membela sultan sebagai bukti rakyat masih sayangkan raja ini juga adalah analisa katun. Mereka berkumpul kerana kepentingan masing-masing termasuk nak tunjuk muka pada Najib merekalah yang paling hebat di Perak. Bukan nak tunjuk pada sultan. Jadi sultan hanya boneka politik bagi UMNO dan BN. Tahanlah dua hari nak halang lepas tu ghuyuble..INikah perajurit yang nak jaga tanah air..?? Alahai ..kantoi ..yop..

Saya ada membaca artikel Lutfi dan saya rasa ianya amat halus dalam menyampaikan sesuatu yang berkaitan dengan sultan dan raja-raja Melayu tapi tetap mesej adalah sebuah kekecewaan serta harapan...

Jangan biar payung dirobekkan
Ahmad Lutfi Othman
Wed | Feb 11, 09 | 7:15:54 am MYT

Sejak sekian lama institusi Raja-Raja Melayu menjadi faktor dominan yang dapat menstabilkan politik Malaysia. Terserlah kebijaksanaan para penggubal Perlembagaan kita apabila menyerahkan beberapa kuasa penting dan strategik kepada Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong, antaranya adalah pembubaran Dewan Undangan Negeri atau Parlimen dan juga perlantikan Menteri Besar atau Perdana Menteri.

Menteri Besar atau Perdana Menteri boleh mengusulkan pembubaran Dun atau Parlimen bagi diadakan pilihan raya, tetapi akhirnya ia terpulang kepada kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk merumuskan keputusan. Baginda adalah payung buat seluruh rakyat jelata berteduh di bawah naungan keadilan, tanpa mengira kaum dan agama, tanpa mengenal anutan dan kecenderungan politik. Maka, yang menjadi perkiraan baginda bukannya kepentingan mana-mana parti politik yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya, tetapi kepentingan semua pihak agar tiada golongan yang berasa terkilan dan teraniaya.

Raja-Raja Melayu dapat bertindak sebagai pendamai yang bijak mencari jalan keluar yang benar-benar adil apabila timbul isu-isu politik yang kritikal, sepertimana yang terserlah di Perak sekarang. Sementalahan pula Sultan Azlan Shah merupakan bekas Ketua Hakim Negara yang begitu dihormati dan tidak pernah terjebak dengan hal-hal kontroversi yang banyak menimpa ketua-ketua hakim lain. Putera baginda, Raja Nazrin Shah juga dikenali sebagai anak raja yang tinggi daya intelektualnya dan cukup prihatin dengan hubungan antara istana dan rakyat. Baginda berdua agak kerap mengingatkan bahawa institusi raja akan "dimuziumkan" jika mengabaikan kehendak dan kepentingan rakyat, apatah lagi sekiranya terbabit dengan kesalahan yang boleh mengundang kemarahan orang ramai.

Berdasarkan senario di Perak, selepas tiga orang Adun Pakatan Rakyat, masing-masing dua keluar daripada KeADILan dan seorang DAP, maka jumlah Adun Pakatan dan BN sama ramai, iaitu 28 orang. Kedudukan tiga Adun berkenaan yang mengisytiharkan diri sebagai Bebas juga menimbulkan tanda tanya ekoran surat perletakan jawatan sebagai Adun yang diserahkan kepada Speaker Dun Perak. Biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak surat berkenaan, namun Speaker membawanya ke Mahkamah Tinggi Ipoh, menuntut tiga kerusi itu dianggap kosong.

ImageMaka apabila Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menghadap Sultan Perak mohon agar Dun dibubarkan, baginda berpeluang menjalankan keadilan untuk semua pihak yang terbabit dalam konflik ini. Pilihannya cukup mudah, iaitu menerima atau menolak cadangan Nizar. Sekiranya ditolak sekali pun, Nizar masih sah sebagai Menteri Besar, manakala Umno Perak di bawah kepimpinan baru Dato' Seri Najib Razak perlu bersabar menunggu sidang Dun terdekat, yang ditentukan pada April depan, bagi membentangkan usul tidak percaya kepada Menteri Besar.

Dikatakan Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun, soalnya bagaimana kesimpulan mudah itu dibuat? Ia sepatutnya hanya dirujuk kepada sidang Dun untuk menentukan apakah sememangnya beliau sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti. Ini berbeza dengan keadaan apabila belum ada kerajaan yang dibentuk atau menteri besar yang dilantik, seperti senario selepas berlangsungnya pilihan raya umum. Agak janggal apabila Sultan memanggil tiga Adun Bebas berkenaan bagi memeriksa kecondongan politik mereka. Saya tidak pasti apakah Sultan sudah mengambil alih fungsi penting sidang Dun bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada seseorang Menteri Besar?

ImageApa pun, ramai berpendapat, berdasarkan kemelut semasa, Sultan sepatutnya memilih untuk bersetuju dengan cadangan pembubaran Dun bagi menyerahkan semula kepada rakyat untuk membuat pilihan. Yang mesti diutamakan ialah rakyat baginda sendiri, bukan kepentingan BN yang berpusat di Kuala Lumpur, yang tidak sabar-sabar lagi untuk merampas teraju kuasa di Ipoh. Malang sekali apabila keputusan baginda seperti mengeruhkan lagi suasana. Jalan keluar yang begitu nuetral, yang adil untuk semua pihak yang "bertelingkah" seakan terabai.

Ada pihak menimbulkan soal hak prerogatif Sultan, namun dengan rendah hati diingatkan bahawa segalanya tidak boleh dilaksanakan sesuka hati, ia tertakluk dengan peraturan dan prinsip keadilan itu sendiri. Cuba renungkan, dalam keadaan sekarang, apa sebenarnya kehendak BN dan apa pula kehendak rakyat? Dan mengapa pula, selain takut berdepan pilihan raya negeri, untuk menanti sidang Dun pun BN tidak sanggup? Apakah BN memang tidak percayakan Adun-Adunnya sendiri jika pengundian dilakukan nanti?

Melihatkan demonstrasi di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar, bersebelahan istana, 6 Februari lalu, terbukti ramai rakyat terkilan dengan keputusan Sultan sehingga sanggup mereka berbaring menghalang kenderaan raja. Hak mereka seperti direntap dan dibuang ke longkang. Justeru, amat malang apabila begitu ramai pengunjung buku pelawat laman web berkaitan Istana Perak meluahkan rasa marah, malah merakamkan kecaman yang tidak sepatutnya ditujukan kepada baginda.

Soalnya, tidak timbul pihak tertentu yang menghina institusi raja atau menderhaka kepada sultan, yang sememangnya diakui mempunyai banyak peranan positif tetapi apakah dengan beberapa keputusan yang dibuat, maka raja-raja itu dilihat menghina diri mereka sendiri. _


Nizar yang dikagumi
Ahmad Lutfi Othman
Wed | Feb 11, 09 | 7:18:41 am MYT

Memang berat ujian buat Nizar Jamaluddin. Bagaimanapun Menteri Besar Perak ini - yang dititah letak jawatan oleh Sultan Perak namun enggan berbuat demikian - yakin beliau berada di jalan yang benar. Wajahnya tetap ceria dan berseri, cuba menyembunyikan rasa letih meniti hari yang padat. Matanya merah petanda tidak cukup tidur. Beberapa ayat awal surah ad-Dhuha menjadi rukun dalam mukadimah ucapannya, termasuk semasa wawancara eksklusif kami dengannya, juga ketika berpidato ringkas di depan Kuil Kallumaii Arul Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh, pagi 8 Feb lalu.

Biarpun boleh dianggap pendatang baru dalam dunia politik, dan tiba-tiba dilantik menjadi Menteri Besar Perak, sesuatu yang tidak pernah termimpi oleh pimpinan Perak negeri itu, Nizar memang cepat belajar dan mudah menguasai persekitarannya. Berdepan tuduhan menjadi boneka DAP, menjual kepentingan Melayu, diapit tujuh Exco bukan Islam, ditambah Speaker dan Timbalan Speaker juga bukan Islam, dengan tenang Nizar mengemudi bahtera Kerajaan Negeri Perak selama 11 tahun. Justeru, tuduhan bahawa beliau kini seorang penderhaka bukan isu besar baginya.

Pada hari paling kritikal, 5 Feb, Nizar mengikuti satu program Koridor Utara di Bagan Serai bersama Perdana Menteri. Dalam ucapannya, Abdullah Ahmad Badawi langsung tidak menyebut nama Nizar walhal beliau masih seorang menteri besar. Esoknya, akhbar perdana turut "menggelapkan" kehadirannya di majlis berkenaan. Difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Anuar Zaini yang sepatutnya berada bersama Abdullah sedang rancak "mengatur nasib" Nizar di Istana Kinta. Anuar dikatakan dalang yang cuba merosakkan hubungan baik Nizar dengan istana, dan menganggu pentadbiran kerajaan negeri. Nizar sendiri pernah memaklumkan hal itu kepada Raja Nazrin Shah, rakan karib Anuar.

ImageMenurut laporan akhbar, Nizar secara tergesa-gesa meninggalkan majlis di Bagan Serai itu untuk menghadap Sultan. Jam 12.45 tengah hari, Nizar dilihat memasuki Istana Kinta dan keluar kira-kira 20 minit kemudian dengan mengangkat tangan menunjukkan isyarat bagus sambil berkata 'insya-Allah' kepada sekumpulan wartawan. Ramai menjangkakan baginda telah memperkenan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun. Rupanya tidak, isyarat bagus bagi Nizar adalah tanda beliau berpuas hati dapat menjelaskan semua yang terbuku di dadanya kepada Sultan. Nizar memberitahu kami, Sultan hanya diam tunduk mendengar hujahnya.

Selama ini, sejarah pendek negara kita menyaksikan bahawa tiada tokoh politik yang "selamat" jika bertembung dengan pihak istana. Konflik dengan istana rasanya tidak pernah dimenangi oleh orang politik. Justeru, apakah kita boleh bayangkan bagaimana episod ini bakal berakhir? Ternyata Nizar sendiri sukar meramalkannya, namun membayangkan ia dapat membawa kesan positif akhirnya buat rakyat dan negara. Beliau mohon kami mengulas krisis di Perak itu dari sudut yang jarang terfikir oleh orang lain. Saya sendiri agak termangu mendengarnya.

ImageMemang Nizar di pihak yang benar. Sultan tiada kuasa untuk menitahkannya meletakkan jawatan. Di bawah sistem Raja Berperlembagaan, Sultan juga harus tunduk dengan undang-undang dan peraturan. Baginda tidak boleh masuk campur sewenang-wenangnya dalam pemerintahan negeri. Dalam situasi genting di Perak apabila BN dan Pakatan Rakyat mempunyai jumlah kerusi yang sama, dan tiga kerusi penentu wakil Bebas sedang dirujuk ke mahkamah, baginda sewajarnya memenuhi permohonan untuk membubarkan Dun. Ia langkah paling adil untuk semua pihak dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti. Jika dirasakan Nizar sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti Adun, baginda boleh menolak permohonan Menteri Besar itu dan membiarkan sahaja sidang Dun memutuskan undi tidak percaya kepada Nizar. Langkah baginda melantik menteri besar baru telah mengeruhkan lagi suasana dan langsung tidak membantu untuk memulihkan keadaan.

Memerhatikan dari dekat semasa beliau melawat tapak perayaan Thaipusam di Gunung Cheroh, saya yakin Nizar berjaya menawan hati rakyat Perak dari pelbagai kaum dan agama itu. Wajah orang ramai yang bersalaman dengannya, termasuk anak-anak kecil yang belum bersekolah, begitu ceria dan nampak senang sekali. Mereka bersorak gembira memanggil namanya sambil melambai-lambaikan tangan.

Malah ketika Anwar Ibrahim mengumumkan pada majlis ceramah perdana di kediaman rasmi menteri besar, saya dapat mengesan reaksi pantas hadirin dari masyarakat Tionghua. Semasa Anwar menegaskan bahawa jika berlaku pilihan raya negeri dan Pakatan menang, tiada calon yang akan dipilih menjadi menteri besar melainkan Nizar, beberapa anak muda Cina bertepuk sepuas hati. Mereka betul-betul gembira tidak terkata! _


Nizar terus ‘berdegil’ jadi MB

(hr9808: BERDEGIL TU DARI BAHASA PENJAJAH DAN SALAH TEMPAT KERANA NIZAR MASIH MB..Inilah akibat terlalu emosi ikut arahan BN. Yang sepatutnya Zambry yang belum menjadi MB tak kayak masuk ke pPejabat MB..Pelik tapi boleh bagi umno..memang katun..


MOHAMMAD Nizar Jamaluddin yang masih mahu melaksanakan tugas Menteri Besar dihalang dari memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh, semalam. – UTUSAN / MOHD. NAJIB MOHD. NOR


IPOH 10 Feb. – Hasrat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin untuk menjalankan ‘tugas’ seperti biasa tidak kesampaian apabila dihalang memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mohammad Nizar diiringi beberapa bekas Exco yang menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri tiba di hadapan bangunan berkenaan pada pukul 11.03 pagi.

Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berkawal di kawasan itu sejak awal pagi, tidak membenarkan mereka memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.

(HR9808: Polis perflu akur dengan undang-undang bukan ikut aje ..mahu ingat sikitlah..!! Belum selesai lagi kes dah...)

Walaupun dihalang, Mohammad Nizar dan ‘barisan Exconya’ tetap berdegil dan berusaha menembusi benteng FRU.

Malah, puluhan penyokong pembangkang turut mengiringi Muhammad Nizar dalam usaha untuk masuk ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri.

Keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Ketua Polis Ipoh, Asisten Azisman Alias kemudian meminta agar para pemimpin parti dan penyokong pembangkang supaya tidak menghalang lalu lintas.

Bercakap kepada pemberita, Mohammad Nizar berkata, kedatangan beliau adalah untuk menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar.

“Hari Selasa ialah hari bertemu pelanggan, kita telah buat temu janji dengan orang ramai serta pelabur dan sebab itu kita datang untuk menjalankan tugas.

“Bagaimanapun, saya sebagai Menteri Besar dihalang memasuki pejabat. Oleh itu, kami akan menjalankan tugas dari rumah rasmi Menteri Besar,” katanya.

Beliau kemudian menuju ke kediaman rasmi Menteri Besar dan mengadakan satu lagi sidang akhbar pada pukul 12.30 tengah hari.

Dalam sidang akhbar itu, Mohammad Nizar mengumumkan pihaknya akan mendapatkan perisytiharan Mahkamah Tinggi Ipoh, Khamis ini bagi menyatakan kerajaan pakatan pembangkang adalah kerajaan yang sah.

Ditanya mengenai saman yang akan difailkan itu turut melibatkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Mohammad Nizar enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya akan terus menggunakan kediaman rasmi Menteri Besar sebagai pejabat dan tempat mesyuarat Exco selagi Mahkamah Tinggi tidak membuat pengisytiharan.

“Kami akan teruskan kerja harian kami kerana tiada dokumen atau bukti bahawa kami bukan lagi kerajaan negeri.

“Apa juga ketetapan yang telah dibuat oleh ‘mesyuarat Exco’ juga akan diteruskan kerana kami masih kerajaan negeri yang sah,” katanya.

Dalam sidang akhbar sama, bekas Exco kanan yang juga Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menuduh UMNO mempermainkan isu derhaka terhadap Sultan bagi mendorong rakyat melanggar undang-undang.

“Kita tidak lagi berada di bawah sistem monarki mutlak sebab sekarang kita mengamalkan sistem raja berperlembagaan iaitu undang-undang adalah yang tertinggi.

“Malah dalam perlembagaan negeri di bawah Artikel 18 menyatakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan hendaklah mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam pelbagai perkara,” jelasnya.

HR9808: Kantoi...belum sah lagi dah sibuk apahal..sultan bukan tak faham..tapi sengaja buat tak faham..!!!

hr9808: kAMI MENYOKONG TINDAKAN KARPAL. SEMOGA MENJADI PELAJARAN KE DEPAN KEPADA SIAPA SAHAJA YANG CUBA BERMAIN DENGAN HUKUM DAN UNDANG-UNDANG..JANGAN HALANG KEHENDAK RAKYAT DAN DAN HAK MEREKA..!!!..

Tetap saman sultan

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini tetap mempertahankan pendiriannya untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan alasan tindakannya itu tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang.

Malah katanya, beliau sedia didakwa di mahkamah sekiranya tindakannya itu tidak mengikut lunas undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini, Karpal menegaskan, beliau juga tidak akan memohon maaf kerana menganggap rancangannya untuk menyaman Sultan Azlan Shah bukan berupa penghinaan atau mencabar kedaulatan sultan.

“Selepas tahun 1993, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan satu mahkamah khas ditubuhkan di mana secara jelas menyatakan raja- raja dan sultan boleh dibawa ke mahkamah.

“Perlembagaan Persekutuan (yang dipinda) itu telah memperuntukkan sedemikian. Bukan saya yang menentukannya. Saya tahu apa yang saya perkatakan,” katanya.

Bagaimanapun Karpal tidak menyebut bila beliau akan mengemukakan saman itu.

Jumaat lalu, Karpal pada sidang akhbar di Pulau Pinang menyatakan pakatan pembangkang bercadang memfailkan kes mahkamah ke atas Sultan Perak kerana menitahkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Ekoran itu, pelbagai parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan tampil membuat laporan polis terhadap Karpal di seluruh negara.

Sehingga semalam, sebanyak 56 laporan polis dibuat terhadap Karpal berhubung kenyataannya itu yang disifatkan sebagai biadap dan menderhaka.

Tambah peguam itu, beliau tidak akan menarik balik kenyataan yang dibuatnya di Pulau Pinang tempoh hari kerana apa yang diperkatakan adalah benar.

“Saya bukan pengecut dan jangan ugut saya tentang apa yang telah dikatakan di Pulau Pinang tempoh hari,” tegasnya.

Ditanya mengenai siasatan polis mengikut Akta Hasutan terhadapnya, Karpal menjelaskan, beliau tidak gentar dengan segala laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Tambahnya, beliau bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis yang ingin mengambil keterangannya bagi membantu siasatan kes tersebut.

Bagaimanapun kata Karpal, segala laporan polis ke atasnya adalah palsu dan tidak berasas sama sekali.

Karpal Singh tidak akan menarik balik kenyataannya di Pulau Pinang tempoh hari kerana apa yang diperkatakan adalah benar.

Beliau sedia didakwa di mahkamah jika tindakannya itu tidak mengikut undang-undang.

Pengerusi Kebangsaan DAP itu tidak akan mohon maaf atas tindakannya.

Karpal menegaskan beliau tidak gentar dengan segala laporan polis ke atasnya.

‘‘Saya bukan pengecut dan jangan ugut saya tentang apa yang telah dikatakan,” tegasnya.

HR9808; Apa yang terjadi di Perak dengan Gaza sangat berdekatan dari segi konsep musuhnya. Nasionalais yang membelakangkan agama dengan Islam yang memperjuangkan hak dan keadilan rakyat. Jadi para pejuang keadilan harus memahami persoalan ini di mana keadilan pasti akan berdepan dengan kezaliman. Jangan harapkan hamparan permaidani merah dari para koruptor dan pelahap wang rakyat ketika pejuang keadilan datang. Lebih bagus kita menerima realiti iaitu pejuang keadilan akan berdepan dengan segala bentuk kesengsaraan dari pemimpin yang tidak adil. Tidak salah jika kita bayangkan mereka adalah zionis di Israel dari segi kejahatannya merancang untuk berkuasa.

Lieberman: Sekarang, Hancurkan Hamas!

Rabu, 11/02/2009 11:32 WIB

Setelah menduduki peringkat ketiga dalam pemilu Israel, Avigdor Lieberman ketua Partai Yisrael Beiteneu, segera saja mendeklarasikan agenda pemerintah Israel berikutnya yang paling dekat dan mendesak adalah menghancurkan Hamas. Ia menyampaikannya tadi malam di Yerusalem.

Liberman yang diyakini akan mendapat posisi strategis dalam pemerintahan Israel, paling tidak sebagai Menteri Pertahanan, terus menegaskan bahwa menghancurkan Hamas adalah hal pertama yang ditawarkan kepada rakyat Israel oleh partainya dalam pemilu.

"Kita semua menginginkan pemerintahan yang berhaluan kanan," ujarnya. "Berikutnya, saya pastikan, tidak akan lagi ada gencatan senjata ataupun negosiasi damai dengan Hamas! Tak peduli siapa nanti yang akan memerintah Israel. Saya juga tidak peduli apakah kemudian Beitenu akan ada dalam koalisi Livni-Netanyahu atau tidak, saya di pemerintahan akan tetap melaksanakan agenda menghancurkan Hamas!" (sa/yn)

HR9808: kAMI BERSETUJU DENGAN PANDANGAN HAMAS..SEPERTI DI PERAK..UMNO DAN BN ADALAH SAMA....

Hamas; Likud atau Kadima, Sama Saja!

Rabu, 11/02/2009 11:58 WIB

Menanggapi kemenangan pemilu Israel yang sekarang ini masih berkutat pada Partai Kadima pimpinan Tzipi Livni dan Partai Likud pimpinan Benjamin Netanyahu, Hamas memberikan pernyataan, bahwa siapapapun yang memerintah Israel, sama saja untuk rakyat Palestina. Kedua partai itu sama jahatnya pada Palestina.

Hal ini disampaikan oleh Fawzi Barhoum, juru bicara Hamas. "Pemilu Israel tidak pernah memberikan perbedaan pada Palestina. Siapapun yang memimpin Israel, mereka tetap membantai rakyat Palestina."ujar Bahroum. "Siapapun yang berpikir bahwa kepemimpinan baru Israel akan memberikan perbedaan, dia salah!"

Anggota parlemen Hamas, Noushir al-Mashri mengamini Barhoum. "Hasil pemilu Israel menunjukan bahwa rakyat Israel telah dengan jelas memilih partai haluan kanan Israel. Itu menunjukan bahwa rakyat Israel telah memilih kaum ekstremis!" tandas a-Mashri.

Yang dimaksud oleh partai halauan kanan bagi Israel artinya kiri bagi rakyat Palestina. Partai haluan kanan Israel selama ini yang selalu melontarkan ide untuk memusnahkan bangsa Palestina. (sa/yn)