foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, October 6, 2008

PAK LAH JUGA BUAT KOMEN TENTANG RUMAH TERBUKA..??

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

6 OKT

Bila membaca kenyataan Pak Lah tentang rumah terbuka yang dihadiri oleh rakyat termasuk Hindraf ada beberapa hal yang saya ingin komen sedikit (walaupun dah muak dengan isu ini);

1. Pak Lah nak raih simpati apa lagi dari isu ini? sebahagian besar penyokong Umno dan rakyat jelata sudah faham bahawa Pak Lah sudah hilang kendali pemerintahan sekarang. di media Indonesia jua sama memberi penilaiannya.
2. Isu ini jika terus diangkat maka semakin jelas Pak Lah tidak ada wibawa dan begitu juga pemimpin BN yang lain. Soal remeh temeh seperti ini dibicarakan ke dunia amatlah memalukan kerana di dunia lain mereka sedang sibuk bincang bagaimana nak selamatkan ekonomi negara setelah bencana ekonomi di US merembet ke seluruh dunia. ini hal 1000 x lebih penting dari yang lain kerana ini soal masa depan negara dan rakyat.
3. Soal rakyat tak mahu salam dengan Najib dan beberapa menteri adalah wajar kerana mereka datang adalah untuk mendesak para menteri yang bahlul berfikir soal kebajikan rakyat. Ini bukan isunya mereka tidak hormat tapi para menteri yang sepatutnya bersekolah bagaimana nak hormatkan rakyat.Hangpa jangan ingat bila jadi menteri semua rakyat akan cium tangan hangpa sekalipun hanpa gunakan kuasa untuk menzalimi mereka..Tolong gunakan akallah ..!!! Ini pun nasib jika ada rakyat datang dan ludah muka menteri semua amacam? Jangan pancing kemarahan rakyat kerana bila rakyat bangun menentang bermakna hangpa berdepan dengan 1000 macam kemungkinan. Di luar sana mereka datang dengan bom di pinggang mereka...dan sudah pasti ini bukan harapan kita semua..tapi kalau para menteri masih dungu dan tidak perihatin dengan rakyat jangan berharap yang terbaik untuk masa depan.. Memang budaya kita tidak seperti itu tapi itu bukan jaminan di masa yang terdesak..sama juga dengan bom c4 digunakan untuk membunuh Altantunya..apakah budaya kita gunakan bom???
4. Pak Lah lebih baik bersiap sedia untuk beredar dan begitu juga Najib..rakyat dah tunjukkan sikap tak suka kepada pemimpin yang ada sekarang..!! Tak mahu berundur secara hormat akan memberi impak bahawa para pemimpin Umno patut diundurkan secara paksa!!! Ya kita nantikan saatnya pasti akan tiba...

Kenyataan Pak Lah yang amat lemah di bawah...


Kecewa sikap Hindraf Penyokong buat bising, enggan bersalam dengan TPM, Menteri – PM


Abdullah Ahmad Badawi menjawab soalan wartawan mengenai pelbagai isu termasuk Hindraf dan peralihan kuasa pada sidang akhbar selepas mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Mohd. Naim Aziz


KUALA LUMPUR 6 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menceritakan dengan panjang lebar perasaan sedih dan kecewa beliau terhadap tindak tanduk penyokong pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) sewaktu mereka menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet di sini Rabu lalu.

Menurut Perdana Menteri, pihaknya telah bertolak ansur dengan memberikan laluan kepada para penyokong pertubuhan haram itu untuk menyertai sambutan berkenaan atas semangat Aidilfitri tetapi “menerima balasan yang tidak diduga.”

Katanya, walaupun mereka datang secara tiba-tiba dan pada asalnya dihalang oleh pasukan keselamatan daripada menyertai majlis rumah terbuka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, beliau membenarkan juga mereka masuk selepas berbincang dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun, katanya, sebahagian ahli kumpulan terbabit yang memakai baju T berlogo Hindraf ternyata gagal memahami tolak ansur sempena Aidilfitri itu.

“Daripada ratusan ahli kumpulan berkenaan, hanya ada seorang yang sudi mengucapkan 'Selamat Hari Raya' kepada saya.

“Selebihnya hanya menyebut, ‘Hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ‘Lepaskan Hindraf’, ‘Hapuskan ISA’, ‘Lepaskan Hindraf’.

“Itu sahaja yang dia nak cakap pada saya, jadi tiadalah semangat hari raya,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Menurutnya, penyokong Hindraf bersikap kurang sopan. Selain membuat bising, beliau berkata, pengamatan beberapa pihak menunjukkan “mereka juga tidak mahu bersalam dengan Najib dan menteri-menteri lain yang turut berada di PWTC ketika itu.”

Abdullah secara terbuka memberitahu beliau kecewa dengan sikap kumpulan itu memandangkan kesemua penyokong Hindraf itu telah dialu-alukan sebagai tetamu seperti juga rakyat lain walaupun mereka mempunyai fahaman yang agak berbeza dengan pendirian kerajaan.

Beliau berkata, perbuatan itu bertentangan dengan semangat hari raya yang sepatutnya dimanfaatkan untuk bersuka ria dan beramah mesra bersama pengunjung lain.

Tambahan pula, katanya, jika diketepikan aspek keagamaan, Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk semua rakyat Malaysia dan ia merupakan satu perayaan nasional.

“Rumah terbuka itu dibuka kepada semua orang, malah pelancong asing dan rakyat Indonesia yang bekerja di sini pun datang dalam jumlah yang besar, kenapa orang Malaysia tidak boleh datang.

“Namun, sewaktu mereka (penyokong Hindraf) masuk ke PWTC, mereka membuat bising, saya sendiri tidak tahu kenapa mereka bising... ini mewujudkan perasaan tidak gembira di kalangan pengunjung lain,” katanya.

Walaupun mereka bersikap biadap dan mencemarkan majlis meraikan hari kebesaran penganut Islam itu, Perdana Menteri berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hindraf buat masa ini.

Rabu lalu, sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet di PWTC.

Tanpa mempedulikan peraturan dan protokol, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudah pun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi.

Perbuatan itu mengundang kritikan pelbagai pihak yang mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas kerana ia boleh membangkitkan kemarahan orang Islam.

Pada tahun lalu, Hindraf mengemukakan memorandum kepada kerajaan British dengan mendakwa kuil-kuil Hindu di negara ini dirobohkan dan kaum India berhadapan dengan ‘pembersihan etnik’ di Malaysia.

Mereka juga mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di Kuala Lumpur dan terlibat dalam beberapa insiden keganasan yang menyaksikan anggota polis dipukul sehingga cedera.

Lima pemimpin pertubuhan haram itu kemudian ditahan di bawah ISA.