foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, September 16, 2008

MALAM YANG AMAT BERERTI BUAT SEMUA..." MALAYSIA BARU.."

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

15/16 SEPT

Berada di tengah ribuan manusia dengan kibaran bendera kecil Malaysia memberi ransangan luar biasa kepada semangat cintakan negara. Berbagai bangsa berkumpul ada yang berdiri dan juga yang duduk tetap segar bersemangat menunggu detik pengisytiharan dari DSAI tentang tanggal keramat 16 Sept. Suasana selepas solat tarawikh makin hangat apabila para pemimpin PR seorang demi seorang memberi ucapan. Yang paling menarik ialah ucapan dari Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dengan telo China Melayu Malaysia beliau mengungkap kalimat dengan penuh semangat ...termasuk semangat ketakwaan juga..Semoga Allah memberi petunjuk kepada semua..!!!

Apa pun yang digambarkan oleh BN dan medianya...sambutan rakyat tetap ada..


Majoriti cukup untuk tubuh kerajaan - Anwar

Harakahdaily Foto Nasir Sudin Tue Sep 16, 08 8:30:26 am MYT
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Hrkh) -Pakatan Rakyat memiliki jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.

Image
Menurut Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, majoriti yang ada ketika ini sudah dapat menubuhkan kerajaan baru.
Tambahnya, semalam pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 15,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini semalam, tidak memberitahu nama-nama mereka yang terlibat.
Menurut Bernama, Anwar mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.
Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.
Image
"Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamaruddin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali. - mks.

Zaid kekal letak jawatan

16/09/2008 3:16pm

Reaksi... Menteri DiJabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, pada sidang media mengumumkan perletakan jawatannya bermula hari ini dipejabatnya, diPutrajaya
PUTRAJAYA 16 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim menegaskan keputusan meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kekal walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad ada meminta beliau supaya memikir semula keputusan itu.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat demi kebaikan semua pihak termasuk kerajaan, UMNO dan Perdana Menteri.
``Walaupun Perdana Menteri cadang saya cuti, saya ucap terima kasih. Saya tidak letih. Saya hanya kecewa,'' katanya pada sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di sini hari

hr9808- pELIK TAPI BENAR..INILAH KALI PERTAMA uTUSAN MEMBERI LIPUTAN AGAK FAIR KEPADA APA YANG DIUCAPKAN ANWAR...eluklah tu...beralih kapal pula...!!!

Anwar mahu berunding

PETALING JAYA 15 Sept. - Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan, rundingan itu bagi memastikan peralihan kerajaan berlaku secara aman.
Beliau berkata, pembangkang sudah mempunyai Ahli Parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.
Malah, katanya, beliau serta pemimpin Pas dan DAP menghantar surat kepada Abdullah hari ini meminta diadakan satu pertemuan segera mengenai isu itu.
''Saya memberi masa dua minggu kepada Abdullah untuk membuat keputusan sama ada menerima tawaran ini atau tidak.
''Kita ingin adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bertujuan berbincang untuk peralihan kuasa secara aman dan tenteram selain membebaskan tahanan politik
,'' katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia Ke-45 anjuran pakatan pembangkang yang dihadiri kira-kira 10,000 orang, di sini malam ini.

Program di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya bermula pada pukul 7 malam dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan tarawih.
Anwar berkata, beliau tidak bercadang mengheret ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ingin berpaling tadah ke pejabatnya esok semata-mata bagi membolehkan beliau menubuhkan kerajaan seperti dijanjikan pada 16 September.
Beliau juga berkata, sejuta Jalur Gemilang akan dikibarkan dari Sabah sehingga ke Perlis mulai esok sebagai tanda rakyat inginkan perubahan.

Dalam pada itu, Anwar turut berjanji akan mengumumkan berita baik dalam beberapa hari lagi untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai menghargai beliau yang telah meletak jawatan disebabkan tidak berpuas hati dengan penangkapan ketiga-tiga individu terbabit.
Pada Jumaat lalu, kerajaan menahan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang dipercayai terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.
Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Bagaimanapun, Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang kelmarin.