foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, July 19, 2008

GIATKAN PEMBINAAN DAN PENERANGAN KEPADA RAKYAT...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

19/20 JUN

Dari jam 9 pagi sudah ada program di dewan sivik MPAJ ..GERAKWADAH...sempat mendengar beberapa idea dan pandangan dari para peserta yang hadir. Jona, Tian dan Nurul telah menyampaikan saranan dan buah fikiran yang sangat berguna bagi meningkatkan pemahaman penyokong PR tentang isu semasa. Sayang sekali kehadiran masih belum memuaskan mungkin kerana terlalu banyak program serentak yang dilaksanakan pada hari yang sama.

4 ptg.
Kami ke Tropicana untuk mendengar pesan-pesan dan amanat dari DSAI sebelum beliau ke Kuantan Pahang. Ratusan penyokong WP dan Selangor berada di sekitar pejabat PKR bagi mendapatkan info tentang isu terkini. Alhamdulillah berbagai kalangan datang memberi sokongan. Ini petanda positif kepada gerakan Reformasi kedua di Malaysia dan ianya perlu diteruskan lagi...

6 ptg.
Kami berangkat ke Kuantan Pahang dan tiba sekitar jam 9 malam. Bersama Suhaimi, Hamdi dan beberapa A team yang lain dapat menyaksikan lebih 10,000 orang hadir dalam pertemuan tersebut dan mereka menunggu sampai selesai sekalipun hujan renyai-renyai. Tiba di Gombak jam 4.30 pagi

Ceramah di Kg. Razali Pahang.

Tahniah rakyat Pahang! Ribuan rakyat berhimpun di Kampung Razali untuk mendengar penjelasan saya berhubung isu-isu terkini. Intipati ucapan saya jelas, kes pertuduhan fitnah terhadap diri saya tidak akan menggelincirkan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Saya juga menerangkan kepada rakyat adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung. Kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk membawa perubahan, membaiki bukan sahaja keadaan ekonomi malah berusaha melonjak kembali mutu pendidikan negara serta memastikan polis dan jabatan peguam negara kembali dihormati.

Lucu bila mendengar kenyataan bapak-bapak menteri yang mempersoalkan motif saya untuk tidak mahu memberi sampel DNA kepada polis. Sebenarnya sudah 6 kali sampel diambil dari saya sepanjang saya dipenjara! Untuk apa perlu diberi lagi? Alasan bahawa ia sudah lama ternyata mengelirukan, satu sampel sahaja sudah cukup kerana ia boleh digunakan walau untuk 2000 tahun lagi!

Saya tidak takut untuk memberikan sampel DNA saya. Akan tetapi bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya! Jangan tahan orang tanpa bicara! Jangan menyuruh pegawai untuk berbohong bagi pihak kamu wahai bapak menteri! Yang takut bukan saya nampaknya tapi bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat pemerintah sanggup untuk memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah.

ANWAR IBRAHIM




  • Let cops decide, so shut up Pak Lah!
    Jul 19, 08 7:07pm
  • Karpal Singh warns the prime minister not to make unsolicited comments on the DNA issue involving Anwar Ibrahim, failing which Pak Lah would be seen as directing and influencing police investigation.MORE



Beberapa saranan yang baik dari Dr. Hamzah dan teman-teman penceramah di Kuantan adalah menekankan betapa pentingnya sumber dan penjelasan yang sohih terhadap sesuatu isu terutama yang berkaitan dengan yang boleh menjadi fitnah dalam masyarakat. Agak ganjil bagi sebahagian besar pemimpin UMNO termasuk Pak Lah berpandangan bukan seperti selayaknya seorang Pengerusi OIC...Inilah Hadharisma yang telah membuat mereka hilang dasar dan asas dalam seluruh persoalan pokok terutama dari sudut syara'. Bagi mereka pandangan mufti atau siapa sahaja yang tidak sealiran dengan fahaman dan kepentingan politik UMNO, maka dengan sombong mereka tolak. Ya Allah ..berilah mereka petunjuk dan jauhkan kami dari fahaman sesat ini.!!! Apakah erti solat, hj, umrah dan amalan Islam selama ini jika persoalan rujukan asas dalam Islam tidak dirujuk? Inilah sebahagian dari hasil penjajahan minda yang mereka warisi dari penjajah sampai sekarang. Mereka sebenarnya belum merdfeka dan mereka cinta dengan fahaman seperti ini supaya kuasa mereka tidak diganggu gugat oleh Islam sebenar. Saya ingin menyeru kepada seluruh teman, kita nak sokong apa lagi dan nak harap apa lagi dari mereka? Mereka jauh dari Islam dan jauh dari cinta kasih rasulullah sebab mereka adalah musuh Islam dalam perlaksanaan hidup mereka. Inilah yang perlu kita perjelaskan kepada rakyat di mana sahaja terutama kepada orang Melayu Muslim.

Dengarkan pandangan sempit dan sesat dari Pak Lah...

Musa, Gani dikecuali Siasatan kes liwat babitkan Anwar tidak dirujuk kepada mereka – PM

KEPALA BATAS 19 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malahan, Perdana Menteri berkata, pegawai-pegawai yang terlibat dengan kes berkenaan juga tidak akan membuat sebarang rujukan kepada Musa dan Abdul Gani.

‘‘Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tak akan terlibat, maksudnya mereka tidak akan memainkan peranan (siasatan),’’ katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian tawaran melanjutkan pengajian dan pembiayaan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Dewan Millenium di sini, hari ini.

Hadir sama ialah isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Seramai 350 pelajar Island College of Technology (ICT) menerima pembiayaan biasiswa Mara itu.

Abdullah ditanya sama ada kedua-dua mereka akan dikecualikan daripada siasatan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu setelah Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor terhadap Musa dan Abdul Gani pada 1 Julai lalu.

Dalam laporan itu, Anwar mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat dalam kes pemalsuan keterangan beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Abdul Gani ketika itu ialah timbalan pendakwa raya paling kanan manakala Musa merupakan ketua pegawai penyiasat kes yang membabitkan Anwar.

Anwar yang memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) baru-baru ini mendakwa banyak lagi bukti berhubung pembabitan kedua-dua pegawai itu dalam pemalsuan dan penyembunyian fakta siasatan kes liwatnya 10 tahun lalu.

Ditanya adakah Musa dan Abdul Gani akan digantung tugas berikutan laporan polis yang dibuat oleh Anwar itu, Perdana Menteri menjelaskan, mereka tidak perlu digantung tugas.

‘‘Pegawai pun tidak membuat sebarang rujukan dengan mereka, jadi dengan itu saya tak nampak yang mereka perlu digantung tugas,” katanya.

Pelikkan...dah jelas mereka tu terlibat dengan perkara yang keji dan bodoh tapi Pak Lah masih pertahankan mereka?? Hanya kerana mereka pernah berjasa memperbodohkan rakyat demi masa depan BN dan kroni UMNO. Apakah alasan ini berasas atau sememangnya Pak Lah mahu menambah bukti yang beliau memang tak layak menjadi PM ? Kenyataan beliau bagaikan ada skrip yang dipaksakan konspirator kepada beliau. Cukuplah berlakon Pak Lah..rakyat dah muak dengan cara ketua kampung ceruk mentadbir Malaysia. Ya tidak..ya tidak...tak habis-habis. Apa nak jadi dengan cucu ulama ni..? Lebih baik balik kampung dan jadi imam kampung sudahlah..!!!

Bila pemimpinnya bingung maka kakitangan kerajaan juga menjadi bangang...renungkan kenyataan ini di media utama BN..... Dr ni tak tahu maksud bogel atau memang tak faham maksud bogel? ...Awat jadi bingung sangat...


HKL nafi Anwar dibogelkan

KUALA LUMPUR 19 Julai - Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetap mempertahankan kenyataan asalnya bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah ditelanjangkan apabila beliau menjalani pemeriksaaan perubatan Rabu lepas.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, sebelum pemeriksaan, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.

Katanya, pemeriksaan itu dilakukan oleh dua orang pakar tersebut hanya setelah memperoleh persetujuan bertulis daripada Anwar.

"Beliau kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu," kata Dr. Zaininah dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenapalah ada orang yang sanggup menjadi pak turut kepada konpirator ini?

Ada juga yang sudah bertaraf menteri tapi berfikir macam budak tak sekolah...apa nak jadi dengan Hamid ni...?? Dia iangat Malaysia ni bapak dia punya ke? Kamu ni memang teruklah...malu hang jadi Syed..tak reti ape langsung dan terus jadi Pak turut....

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu menerusi peguam belanya, R. Sivarasa yang meminta Syed Hamid supaya berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai kes tuduhan liwat terhadapnya agar tidak menjejaskan siasatan polis.

Dalam pada itu, Syed Hamid meminta Sivarasa jangan campur tangan dalam urusan polis berhubung pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap anak guamannya itu.

"Sama ada polis nak mengambil sampel itu atau tidak, Sivarasa tidak perlu menyibuk untuk membuat kerja polis. Tugas hakikinya adalah memastikan kemenangan anak guamnya (Anwar),'' katanya.

Justeru, beliau meminta supaya semua pihak menyerahkan sepenuhnya siasatan tuduhan terhadap Anwar kepada pihak polis.

Katanya, adalah menjadi tugas polis untuk menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek bagi menentukan keadilan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.


Ceramah di Sri Gading, Johor Darul Takzim

Siri Jelajah Menuju Harapan Baru membawa saya ke Sri Gading, Johor semalam. Mesej saya konsisten, iaitu Perubahan harus terus mara dan jangan berhenti! Kita sudah menerangkan betapa tambahan RM 5 billion ke atas subsidi yang sedia ada pasti dapat mengurangkan harga minyak sebanyak 50 sen. Mekanisme untuk tujuan itu sudah saya terangkan semasa debat tempoh hari dan juga ceramah-ceramah bersiri Menuju Harapan Baru.

Bagi memperolehi RM 5 billion itu antara pra-syaratnya ialah memastikan tiada lagi ketirisan dan korupsi dalam perlaksanaan projek-projek kerajaan. Selain itu ketelusan, kepertanggungjawaban dan keadilan haruslah menjadi agenda utama. Namun kerajaan barisan nasional seperti tidak komited dengan agenda sebegini, yang terpampang memenuhi berita media arus perdana hanyalah laungan kosmetik semata. Yang ditangkap dan dihukum hanyalah ikan bilis sedangkan ikan jerung yang merampok dibiarkan bebas.

Saya juga mengambil kesempatan menerangkan isu-isu terkini berkaitan fitnah liwat terhadap diri saya serta keengganan saya pada ketika ini untuk tidak memberi sampel DNA kepada pihak polis. Alasan bahawa DNA saya sudah terlalu lama ternyata mengelirukan dan dangkal dibidang ilmu genetik. Sedangkan mengikut pakar-pakar perubatan data DNA boleh bertahan untuk jangka waktu yang cukup lama.

Nasihat ulama, para peguam serta rakan-rakan pakar perubatan agar saya tidak menyerahkan sampel DNA juga menguatkan keyakinan kemungkinan pemalsuan bukti-bukti sepertimana yang berlaku pada tahun 1998 akan berulang. Langkah berjaga-jaga perlu terutamanya ketika berpencak melawan musuh yang licik lagi zalim.

Ditenun kain dengan kapas,
Bermacam-macam warna ragi,
Perahu lilin layar kertas,
Berani kulanggar lautan api.

ANWAR IBRAHIM