foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, June 2, 2008

SEMUA YANG REDHA DENGAN KEZALIMAN ADALAH SAMA ZALIM....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

2 Jun
Rahman dan Pie ke Morib..uruskan penghantaran surat ekspo..tapi sayang masih ada hambatan..Saya bertemu dengan Hj. Mustapha nak uruskan beberapa hal berkaitan pejabat..Jam 2 selepas Zohor saya dan Zairi ke Chow Kit mencari pejabat..Alhamdulillah ada beberapa yang menarik..Sempat makan pengat pisang tak jauh dari Cosmopoint..Terus ke Kg. Baru...mahal tak mampu. Bertemu semua di Masjid India jam 5 dan pergi ke BIlal makan roti canai sebab Rahman dan Pie...jauh berjalan tadi kelaparan...Jam 7 abang Mazlan tiba dan kemudian Anuar ... .Zairi belanja HARI INI.... Tq..Maghrib kami bersurai..

Jam 10 malam sempat membaca Harakahdaily..tentang macam-macam tapi yang paling menyentuh... tentang TAHANAN ISA LUMPUH>>>Darah berderau...geram, benci, sedih bercampur jadi satu>>>>BERSUARA DAN MEMBELA MANGSA...

Mari kita renungkan peristiwa yang berlaku kepada saudara Sanjeev Kumar Krishnan yang juga adalah rakyat Malaysia...Bagi pihak IKRAR..kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan sesiapa sahaja yang terlibat dan terutama Hamid Albar dan UMNO-BN..Buangkan saja panggilan Syed kamu kerana Syed adalah anugerah keturunan yang baik-baik..tapi apa yang kamu lakukan adalah sesat dan sangat hina sebagai seorang Syed....Mari kita bersama hadir pada 7 Jun sebagai tanda komitmen kita bencikan kezaliman ISA dan setiakawan kepada semua mangsa tahanan ISA..IKRAR akan terus menyokong GMI dan mana-mana pihak dalam Kempen Anti ISA (KAI). Sebarkan peristiwa malang ini ke seluruh rakyat Malaysia dan bukan mustahil mangsa akan terus bertambah dari masa ke semasa selagi UMNO-BN memerintah..

UMNO adalah berhimpunnya jemaah manusia Melayu pengecut dan pemimpinnya hanya fikir perut, keluarga dan kerusi. Semakin ramai pemimpin mereka bukan semakin kuat tapi semakin reput...Sila buktikan mana-mana pemimpin UMNO yang hebat?.. Hebat rasuah, hebat menipu, hebat mendera, hebat hipokrit dan hebat bercakap aje. Jadi nak bangga ape?..Bangga bawa celaka...Bangga bawa sengsara...Lupakan ok..!!!

Teringat ucapan Abul Ala Maududi.."yang batil itu bagaikan sebuah roket besar yang sudah reput..."
Nampak hebat dari jauh tapi bila ditolak dengan jari manis sahaja ianya musnah hancur...

Tapi mungkin ada mata yang silau melihat roket besar itu dan ingin turut menumpang darinya..Inilah mata yang sudah silau...Semoga kita diselamatkan Allah dari silauan ini!!! Kepada yang tersilau ..bangunlah ditengah malam!! mintalah hidayah dan taufiq.."Allah tidak akan mengubah nasib kita.."
Marilah kita bersihkanlah hati kita agar ..petunjuk menyirami hati kita dan aqal kita dapat melihat yang sebenarnya...
Sdr ku..marilah kita panjatkan doa kepada mereka yang tersesat agar kembali melihat yang sebenar dan memilih intan dari serpihan kaca - kaca berkilau..!!











Anis Nazri
Mon Jun 02, 08 12:20:46 pm MYT


KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Sekali lagi ISA mencatatkan episod penderitaan terhadap tahanan dan keluarga apabila seorang lagi tahanan, Sanjeev Kumar Krishnan, didakwa lumpuh akibat penderaan mental dan fizikal sepanjang penahanannya.



Sanjeev, yang ditahan sejak 22 September 2007 atas tuduhan sebagai 'agen perisik asing' dikatakan mengalami pelbagai penyeksaan yang dilakukan polis cawangan khas (SB) seperti ditendang dan dibelasah di bahagian badan dan kepala dengan menggunakan kaki, selain dipukul dengan botol berisi air.



Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata Sanjeev juga didakwa dipaksa meminum air kencingnya sendiri kira-kira tiga kali , sambil dimaki hamun dengan kata-kata kesat.



Lebih malang lagi, katanya Sanjeev juga didera secara fizikal apabila kemaluannya dipukul dan duburnya dijolok dengan objek keras.



"GMI dimaklumkan amalan penyeksaan tersebut telah membawa kesan bertambah buruk kepada tahanan setelah perintah tahanan dilanjutkan untuk dua tahun di bawah Seksyen 8, ISA. Beliau telah dihantar ke Kem Tahanan Kamunting (Kemta) pada 22 September 2007, selepas 55 hari ditahan," jelas beliau, dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.



Katanya, Sanjeev juga mendakwa beliau tidak mendapat rawatan yang sempurna untuk beberapa bulan lamanya hingga mengakibatkan beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk kehidupan hariannya kerana kaki dan tangan sebelah kiri tidak lagi berfungsi dan lumpuh.



Sehubungan itu, GMI bertindak membuat laporan polis berhubung dakwaan Sanjeev pada 20 Mei lalu, di Balai Polis Dang Wangi, Jalan Stadium terhadap Menteri Keselamatan Dalam Negeri, PDRM dan Kem Tahanan Perlindungan Taiping (Kemta).



Menurut laporan polis tersebut, Sanjeev tidak menerima sebarang bantuan kesihatan yang mencukupi daripada pihak kem, mengakibatkan kesakitannya semakin melarat yang kemudiannya terpaksa mendapatkan rawatan pada 11 April lalu.



Bagaimanapun, kesakitan yang dialaminya itu menyebabkan beliau terpaksa dihantar ke hospital Taiping.



"Namun, selepas beliau sampai di hospital, beliau tidak mendapat rawatan yang perlu. Ini kerana seorang Warden Kamunting yang bernama 'Sharom' memberitahu bahawa doktor di hospital tidak senang dan Sanjeev Kumar akan dibawa balik semula ke Kamunting," kata laporan polis itu.



Ekoran itu, tahanan telah dibawa semula ke Kamunting dan langsung tidak diberikan rawatan. Pada malam hari yang sama (11/4/08), Sanjeev Kumar mengadu sakit dan kali ini beliau telah dimasukkan dalam wad kerana keadaan yang serius.



Pada 18 April lalu, beliau dibenarkan keluar dari hospital. Namun, beliau kini menggunakan kerusi roda untuk kehidupan hariannya kerana kaki dan tangan sebelah kiri tidak lagi berfungsi dan beliau disahkan lumpuh.



Sehubungan itu, GMI membuat aduan polis terhadap Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kem Perlindungan Tahanan Kamunting, Taiping kerana ketiga-tiga pihak di atas bertanggungjawab terhadap keadaan Sanjeev Kumar pada ketika ini.



"Kami mengharapkan pihak polis Bukit Aman menyiasat aduan kami ini serta mengambil tindakan yang wajar terhadap pihak-pihak yang disebutkan di atas. Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiasat setiap aduan orang ramai seperti kes-kes lain sebelum ini," tegas Syed lagi.

tAMBAHAN BERITA TENTANG TAHANAN....4 JUN...

Kisah pilu tahanan ISA: Setelah didera, kini dihantar ke Hospital Bahagia











Anis Nazri Foto GMI
Wed Jun 04, 08 8:55:50 pm MYT


KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - 'Sudah jatuh ditimpa tangga', begitulah yang dialami isteri seorang tahanan ISA, Sharmila Sanjeev Kumar, apabila suaminya yang kini lumpuh di Kem Tahanan Kemunting dicadangkan dimasukkan ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.





ImageBerita yang dimaklumkan pihak Kemta kepada Sharmila menambahkan lagi episod luka wanita itu, yang baru enam bulan mendirikan rumahtangga dengan Sanjeev Kumar Krishnan, yang ditahan pada 28 Julai 2007 atas tuduhan 'agen perisik asing'.



Sharmila berkata, pihaknya membantah pihak Kemta menghantar suaminya ke Hospital Bahagia atas cadangan Hospital Taiping kerana beranggapan suaminya tidak mempunyai masalah kesihatan, khususnya berkaitan mental.



"Suami saya seorang yang cergas dan aktif. Beliau juga sihat, dan normal. Sejak masuk ISA, dia selalu mengadu sakit-sakit," kata beliau di hadapan Pesuruhjaya Suhakam, Dr Chiam Heng Keng, di pejabat Suhakam, petang tadi.



Sharmila, yang ditemani abang Sanjeev, Gunalan Kumar, dan diiringi GMI turut meminta Suhakam mengambil langkah segera bagi membantu membebaskan suaminya untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.



Serah memorandum



ImageDalam masa sama, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh menyerahkan memorandum berkenaan dakwaan seksaan yang dilakukan ke atas Sanjeev, yang mengakibatkan beliau disahkan lumpuh.



Menurut Syed Ibrahim, Sanjeev yang kini berkerusi roda, dikatakan mengalami pelbagai penyeksaan yang dilakukan polis cawangan khas (SB) seperti ditendang dan dibelasah di bahagian badan dan kepala dengan menggunakan kaki, selain dipukul dengan botol berisi air.



Lebih malang lagi, katanya Sanjeev juga didera secara fizikal apabila kemaluannya dipukul dan duburnya dijolok dengan objek keras, di samping diminta meminum air kencing sendiri tiga hingga empat kali.



Syed Ibrahim berkata, selepas tempoh 55 hari penahanannya di bawah ISA, Sanjeev dihantar ke Kemta pada 22 September 2007, dan bermulalah episod kesakitan Sanjeev apabila beliau mula mengadu kaki kiri dan tangan kirinya sakit serta tidak berfungsi dengan baik.



Sehubungan itu, GMI dan Sharmila bertindak membuat laporan polis, di Balai Polis Dang Wangi, Jalan Stadium, 20 Mei lalu meminta agar PDRM menyiasat secara terperinci dan telus berkenaan dakwaan Sanjeev tersebut.



Dikatakan sakit mental



Menurut Syed Ibrahim, selepas kenyataan akhbar dan laporan polis GMI, Sanjeev dihantar ke Hospital Taiping pada 14 Mei, yang kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang, sebelum dihantar ke Kemta pada 24 Mei lalu.



Bagaimanapun, ketika lawatan keluarga pada 1 Jun lalu, Sanjeev memaklumkan kepada keluarga bahawa beliau kemungkinan besar akan dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.



"Berita terbaru ini mengejutkan isteri dan GMI. Mengapakah beliau dihantar ke hospital yang dikhaskan untuk pesakit mental?" soal Syed Ibrahim.



Justeru, GMI menggesa Suhakam untuk menyiasat aduan berkenaan dan mencadangkan langkah tegas supaya Sanjeev dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat atau membicarakan beliau di mahkamah terbuka.



Pendirian Suhakam



Sementara itu, Dr Chiam, dalam respon awalnya berkata Suhakam berpegang dengan pendirian bahawa ISA merupakan akta yang bertentangan dengan hak asasi manusia, dan setiap yang ditahan perlu dibicarakan di mahkamah.



Bagaimanapun, dalam kes Sanjeev ini, Dr Chiam menyatakan bahawa pihak Suhakam, melalui Pesuruhjayanya, Dato' Siva Subramaniam telah membuat lawatan ke Kemta pada 7 Mei lalu dan bertemu Sanjeev di Hospital Taiping.



Suhakam dimaklumkan bahawa Sanjeev mengalami simptom tekanan perasaan sehingga mengakibatkan beliau menjadi lumpuh, dan terpaksa dirujuk di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.



Dr Chiam turut memaklumkan bahawa pihak Suhakam sedang menunggu laporan kesihatan daripada Hospital Pulau Pinang mengenai status kesihatan Sanjeev.



Tekanan perasaan berpunca dari ISA



Sementara itu, Pengarah 'Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA', Norlaila Othman, berkata sesiapa saja yang ditahan ISA mesti mengalami tekanan perasaan apabila didera secara mental dan fizikal, apatah lagi dengan pelbagai ugutan.



Beliau yang juga merupakan isteri tahanan enam tahun, Mat Sah Satray, berkata adalah lebih baik jika Sanjeev dibebaskan segera agar beliau boleh menerima rawatan yang lebih baik.



"Berdasarkan kes sebelum ini, terdapat tahanan yang mengalami lumpuh. Bagaimanapun, selepas beliau dibebaskan, beliau pulih apabila mendapat rawatan sewajarnya. Berdasarkan pengalaman itu, kesihatan Sanjeev lebih terjamin jika di luar berbanding di Kemta," tegas beliau.



Vigil di Kamunting, 7 Jun



Dalam perkembangan lain, Norlaila menyatakan bahawa GMI Perak telah menghantar surat makluman kepada polis Taiping berkenaan program 'vigil' yang akan diadakan Sabtu, 7 Jun ini, di hadapan Kemta.



"GMI juga mengambil kesempatan untuk meraikan rakyat di sebelah utara (Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis) untuk bersama-sama menjayakan kempen ini, yang mana mungkin sukar menyertai kempen kita di KL, sebelum ini," kata beliau, yang mensasarkan kehadiran 1000 orang pada kempen 'vigil' tersebut.



Beliau menyeru orang ramai agar turut sama menyertai program itu bagi menyatakan bantahan ke atas akta zalim tersebut. - mks.







Buat pembaca yang prihatin dengan nasib malang tahanan ini dan keluarga mangsa lain, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336. - mks.




Tazkirah Jumaat: Memisahkan bapa daripada anak isteri adalah zalim



Ustaz Zainudin Hashim Foto Nasir Sudin Fri Jul 04, 08 12:24:38 pm MYT



Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya: "Sesiapa yang memisahkan seseorang, maka dia bukan daripada golonganku." -->
Hadis sohih riwayat at-Tabarani daripada Ma'qal Bin Yasar, sabda baginda lagi: "Sesiapa yang memisahkan ibu daripada anaknya, maka Allah akan pisahkan (orang yang bertindak demikian) antara dia dengan seluruh anggota yang dikasihinya pada hari kiamat." - Hadis sohih riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan al-Hakim daripada Abu Ayyub.
Kedua-dua hadis ini menunjukkan satu ketegasan terhadap perbuatan memisahkan antara seseorang dan orang yang dikasihinya (ahli keluarga seperti isteri, suami, anak-anak) yang dianggap satu tindakan kejam dan pelakunya dianggap sebagai penjenayah, sebab itu baginda tidak memperakui sebagai umatnya pada hari kiamat.
Inilah yang berlaku kepada sistem pentadbiran negara yang berorientasikan Sekularisme yang bertindak zalim ke atas mangsa-mangsa tahanan ISA yang ditahan tanpa bukti kukuh yang disabitkan oleh mahkamah.


Tindakan tidak berperi kemanusiaan itu mengakibatkan pelaksana undang-undang itu ditolak baginda Rasulullah s.a.w. sebagai umatnya pada hari kiamat, akhirnya tidak mendapat sebarang pembelaan untuk mendapatkan syafaat baginda.
Terbaru berita mengenai seorang tahanan ISA yang masuk tahun ketujuh, Shahrial Sirin yang tidak sempat melihat anaknya Almarhumah Aina Mardiah Shahrial buat kali terakhir sebelum menghembuskankan nafasnya di Hospital Kajang kerana tindakan birokrasi yang menghalang ketibaan Shahrial tepat pada waktunya.
Sudahlah beliau ditahan selama tujuh tahun yang sudah lama terpisah dengan keluarga termasuk isteri dan anak-anak, malah tidak berkesempatan untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir (ketika sedang nazak) sebagai penghormatan kasih sayangnya terakhir sebagai kenangan pahit dalam hidupnya.
Apapun kepada pihak berkuasa, tindakan yang dilakukan itu dengan menahan mangsa tanpa bukti, malah tidak disabitkan kesalahan mereka di mahkamah, mereka akan menjadi golongan yang muflis pada hari akhirat.


Inilah golongan yang mana segala kebaikan pahala mereka di dunia walau sebesar Gunung Uhud sekalipun, tetapi jika tidak mendapat kemaafan daripada mangsa, atau kaum kelurganya yang terdekat, maka pahala yang dilakukan itu akan dipindahkan kepada mangsa, dan akhirnya akan dicampakkan dalam api neraka. Maka sama-samalah kita renung ancaman baginda tersebut. - lanh _

Anak mangsa tahanan ISA selamat dikebumikan





Salmiyah Harun Foto Wan Zahari Wan Salleh
Fri Jul 04, 08 6:25:09 pm MYT

Jenazah anak sulung mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Shahrial Sirin, Aina Mardiah, 17, yang meninggal dunia akibat pendarahan otak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Serai jam 11.30 pagi tadi.


ImageSetengah jam sebelum itu, jenazah Aina disembahyangkan hampir 200 jemaah di masjid Sungai Serai kira-kira satu kilometer dari rumahnya.


Turut serta menyembahyangkan jenazah anak kesayangan Fatma Masrum itu ialah Adun Hulu Klang, Saari Sungib yang juga bekas tahanan ISA; Adun Chempaka merangkap Exco Kerajaan Negeri, Ir. Iskandar Abdul Samad; Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dan lima orang bekas tahanan ISA.


Pengebumian Aina turut disaksikan berpuluh-puluh rakan sekolahnya dari Sek. Men. Keb. Dusun Nanding termasuk beberapa orang guru.


ImageSementara itu, sebaik keluar dari van jenazah, Shahrial yang masih mengenakan pakaian yang dipakai sewaktu tiba dari Kementa semalam bersama-sama ahli jawatankuasa khairat kematian menurunkan jenazah anaknya ke liang lahat.


Suasana bertambah pilu tatkala, Shahrial mencuri sedikit masa meriba, memeluk dan mencium kedua-dua anak perempuannya, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 sebaik sahaja jenazah kakak mereka dikebumikan.


Pelukan kasih sayang Syahrial untuk Almarhum Aina tidak kesampaian kerana dipisahkan oleh akta yang zalim; mungkin sebab itulah beliau tidak mahu melepaskan peluang meluahkan kasih sayang itu kepada dua anak perempuannya.


ImageFatma Masrum yang duduk di belakang suaminya ketika imam membacakan talkin, kelihatan sugul sambil memeluk dan mengusap suami tersayang yang terpisah sejak tujuh tahun lalu.


Sebaik sahaja jenazah selesai dikebumikan, pihak polis memberi sedikit kelonggaran kepada Shahrial untuk bertemu dan bersalaman dengan beberapa sahabat yang sekian lama tidak berjumpa.


Turut bersalaman dengan beliau, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Sany Hamzan.


ImageLima orang bekas tahanah ISA yang bersama-sama beliau ketika di Kemta turut bersalaman dan berpelukan dengan beliau, termasuklah jiran dan rakan-rakan beliau.


Ada yang memeluk sambil menepuk bahu beliau sambil memberi kata-kata perangsang agar beliau tabah dan bersabar dengan ujian Allah SWT.


Suasana menjadi hiba apabila kelihatan beberapa rakan beliau turut menitiskan air mata ketika memeluk Shahrial namun beliau tetap tenang dan masih tersenyum.


Anggota polis yang ditemui di tanah perkuburan memberitahu, Shahrial dibenarkan menemui keluarganya pada malam ketujuh dan esok.


ImageTujuh orang polis yang mengawal Shahrial membenarkan beliau balik ke rumahnya sebentar untuk menukar pakaian dan kira-kira jam 12.20 tengahari menaiki van berwarna putih ke lokasi yang tidak diketahui.


Sementara itu, kepada pembaca yang sudi membantu keluarga Almarhumah Aina Mardiah dan keluarga mangsa ISA yang lain, salurkan sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY












7 tahun dalam ISA, Shahrial sedih menatap wajah anak yang sudah tidak bernyawa







Roy Rasul Foto Nasir Sudin
Fri Jul 04, 08 12:05:43 pm MYT

Ketibaan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Shahrial Sirin, untuk menatap jenazah anak sulungnya, Aina Mardiah, 17, yang di tempatkan di rumah jirannya, Mohd Nawawi di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor disambut dengan penuh hiba dan genangan air mata kaum keluarga dan hadirin.


ImageShahrial yang tiba kira-kira jam 9.40 malam dibawa dengan sebuah van dengan nombor pendaftaran WQV 4491 diiringi lebih kurang sepuluh anggota polis. Setibanya di pekarangan rumah tersebut beliau terus didakap anak keduanya, Ehsan Shahrial, 16 dan beberapa sahabat handai.


Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya.


Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ.


ImageBeliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim.


Kemudian beliau memanggil keempat-empat anaknya, Ehsan, 16, Abdullah Masul, 14, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 duduk bersamanya untuk menyedekah doa buat arwah anaknya.


Hening malam ketika itu yang dipenunh dengan bacaan surah yassin terhenti seketika.


Air mata pilu hadirin termasuk sanak saudara tidak dapat ditahan lagi. Malah rakan-rakan sekolah arwah yang menunggu sebelum Maghrib lagi turut tidak dapat menahan kesedihan.


ImageSementara itu, pihak polis yang mengawalnya hanya membenarkan Shahrial berada di sisi anaknya hanya satu jam.


Shahrial yang dibawa dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping pada jam lima petang semalam tidak dapat menatap melihat anaknya sewaktu beliau sedang kritikal di Hospital Kajang semalam.


Ini kerana, anaknya menghembus nafas terakhir pada jam kira-kira 6.10 petang semalam. Anaknya dihantar ke hospital pada petang Rabu, 2 Jun apabila pengsan akibat terjatuh di rumahnya.


Selepas jatuh beliau terus koma dan di beri bantuan dengan mesin jangka hayat kerana mengalami darah beku dalam kepala.


Pada malam tersebut juga, keluarganya meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membenarkan Shahrial menziarahnya.


Dengan itu sejak pukul lima petang kaum keluarga menunggu kedatangan Shahrial kerana mereka difahamkan Shahrial akan sampai di hospital antara pukul lima hingga enam petang.


Bagaimanapun penantian mereka ternyata hampa kerana anaknya meninggal sebelum Shahrial tiba.


Dalam pada itu, jenazah arwah di bawa ke rumah jirannya selepas Magrib.


Jenazah arwah diletakkan di rumah jirannya kerana rumahnya yang terletak bersebelahan terlalu uzur.


Pada hari ini pula, beliau dibenarkan melawat anaknya semasa di majlis pengkembumiannya di tanah perkuburan Islam kampung tersebut.


Di majlis tersebut juga beliau difahamkan hanya satu jam juga.


Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis GMI turut berada di situ.


Turut sama berada di situ ialah Yang Dipertua PAS Cheras, Zulkifli Ahmad dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta isteri beliau.


Orang ramai pada malam tadi tidak putus-putus melawat arwah bahkan beberapa guru orang sekolahnya turut menziarahnya.


Kepada pembaca yang sedia membantu keluarga Almarhumah Aina Mardiah dan keluarga mangsa ISA yang lain, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336. - mr/mks. _



Anak tahanan ISA nazak, suasana sayu menyelebungi wad di Hospital Kajang





Wan Nordin Wan Yaacob Foto Nasir Sudin
Thu Jul 03, 08 4:33:21 pm MYT

Suasana di Wad Blok A Tingkat 3 Hospital Kajang cukup sayu dengan tangisan isteri tahanan ISA, Siti Fatma dan ahli keluarga tatkala anak perempuan kesayangannya, Aina Mardiah Shahrial terlantar koma dan nazak sejak semalam lagi.


Aina Mardiah dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam hingga mengakibatkan beliau koma.


ImageNamun paling menyedihkan, bapa kandungnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting (Kemta) di bawah ISA sejak tujuh tahun lalu, baru sahaja mendapat pelepasan sementara daripada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar untuk menziarahi anaknya di Kajang.


Begitu pun menurut Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA), pelepasan itu hanya dapat diberikan selepas mereka menghadapi kerenah birokrasi yang cukup memeritkan.


"Walaupun permohonan telah dibuat awal (semalam) namun, jam 1.00 petang tadi barulah pelepasan itu dapat diberikan, inikah moral kerajaan tatkala soal nyawa anak tahanan menjadi taruhan," kata Aliza Jaffar salah seorang ahli PSK GMI yang ditemui di Hospital Kajang sebentar tadi.


Menurut Aliza, sepatutnya dalam hal 'kecemasan' seperti kes ini, pihak Kemta dan KDN tidak perlu merumitkan keadaan dengan prosedur yang merumitkan.


"Tak cukupkah dengan pengesahan doktor dan dengan kedatangan Pegawai Cawangan Khas hingga kami terpaksa menunggu jam 1.00 petang tadi baru dapat tahu ia sudah mendapat kebenaran, ini hal yang serius yang melibatkan nyawa anak tahanan," katanya geram.


Sementara itu, sewaktu Harakahdaily menziarahi wad berkenaan, kelihatan kira-kira 20 pelajar sekolah terdiri daripada rakan-rakan Aina Mardiah menziarahi beliau.


Keadaan bertambah sedih apabila rakan-rakan turut menangis teresak-esak sambil memeluk Aina yang terkapar dengan alat bantuan hayat serta bergantungan 'wire' di tangan serta hidungnya.


Kesedihan yang terpancar di wajah rakan-rakan Aina membayangkan hubungan akrab mereka lebih-lebih lagi Aina seorang insan yang dinafikan hak bapanya untuk hidup bebas seperti anak-anak yang lain.


Anak yang telah lama tidak mendapat kasih sayang daripada baoanya kerana dipisahkan oleh akta zalim ISA sememangnya sentiasa mengharapkan ribaan kasiah sayang bapa yang dirindui.


Luluh jiwa penulis apabila melihat rakan-rakan saling berpelukan menangis teresak sementar si ibu yang kering sudah airmatanya hanya mampu melihat sambil sesekali memeluk dan mencium anaknya yang terkapar kaku.


Sementara dua adik lelakinya yang setia menanti di hujung penjuru katil terus menerus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan Yaasin sambil menitiskan airmata.


Wajah muda dua adiknya ini begitu sayu sekali meratapi kakak yang terlantar sementara menantikan bapa tercinta tiba selepas satu 'penyiksaan' perasaan dihadapi mereka untuk mendapatkan pelepasan bapanya itu.


Namun waktu melawat yang sudah tamat menyebabkan rombongan Harakahdaily yang diketuai Ketua Pengarang, Ahmad Luthfi Othman terpaksa beredar walaupun hasrat di hati mahu melihat detik-detik bapanya bertemu dengan anak tercinta.


Shahrial dijadualkan sampai di Hospital Kajang kira-kira jam 6.00 petang ini selepas mendapat pelepasan dari KDN untuk menziarahi anaknya itu.


Hati mula sayu tatkala meninggalkan perkarangan wad tersebut dengan melihat nasib si anak yang nazak itu sementara menanti bapa tercinta yang terpenjara selama tujuh tahun di Kemta menziarahinya.


Di kesempatan itu, Ketua Pengarang Harakah telah menyampaikan sumbangan kepada Siti Fatma sejumlah RM1000 hasil kutipan wang derma yang dijalankan Harakahdaily selama ini.


Sementara sejumlah RM5000 diserahkan kepada wakil PSK-GMI, Norlaila Othman untuk mengisi dana kempen isteri-isteri tahanan ISA untuk membebaskan tahanan ISA.


Terdahulu Norlaila Osman yang memberitahu maklumat berhubung kejadian tersbeut berkata, Aina berada dalam keadaan koma disebabkan terjatuh di rumahnya semalam.


Dalam kejadian semalam, pesakit yang tinggal bersama ibunya, Siti Fatma Masrun, di Hulu Langat, terus pengsan biarpun tidak serius semasa terjatuh.


"Saya difahamkan oleh doktor yang merawatnya semalam Aina berkemungkinan mengidap darah beku dalam otak sejak kecil lagi.


"Jadi apabila dia jatuh berkemungkinan darah bekunya itu mpecah dan merebak ke seluruh otak hingga menyebabkan dia pengsan dan seluruh organnya tidak berfungsi," cerita Norlaila.


Norlaila yang melawat Aina hari ini berkata, Aina dalam kritikal dan bergantung kepada mesin jangka hayat," katanya.


"Paling menyedihkan ayahnya tidak mendapat kebenaran untuk dibawa ke hospital walaupun anaknya dalam kritikal" katanya. _



Nazak dan meninggal dunia tanpa ayah di sisi, kejamnya ISA!
Roy Rasul Wed Jul 09, 08 6:59:26 am MYT


KUALA LUMPUR,9 Julai (Hrkh) - Aina Mardiah Shahrial, 17, yang menghembus nafasnya tanpa kehadiran orang yang dirindui di sisi, melahirkan rasa marah dan kecewa beberapa pihak apabila pihak polis dilihat melengah-lengahkan pelepasan sementara ayahnya yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting, Perak. -->
Anak sulung kepada salah seorang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Shahrial Sirin ternyata dinafikan haknya sekalipun beliau dalam keadaan nazak, ayahnya langsung tidak dapat bersama-samanya di saat-saat akhir beliau dirawat di Hospital Kajang, Selangor pada petang Khamis, 3 Julai lalu.
Aina paling kanan bersama rakan sekolahnya.-->Biarpun pelbagai usaha dilakukan keluarga, rakan-rakan serta aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk membawa keluar ayahnya dari Kem Kamunting, Taiping, Perak, tetapi usaha itu gagal kerana ayahnya sampai setelah hampir empat jam Aina meninggal dunia.
Aina paling kanan bersama rakan sekolahnya.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, beliau berasa sangat sedih kerana Aina meninggal dalam keadaan ayahnya tiada di sisi.
Beliau berkata, ketidaksempatan ayahnya ziarahi beliau yang dalam keadaan koma disebabkan tidak ada kesungguhan polis untuk menyegerakan membawa ayahnya bertemu Aina.
"Tunggu punya tunggu sampailah anaknya pergi menghadap tuhan tanpa melihat ayahnya yang sudah tujuh tahun di penjara," katanya turut berada di hospital ketika Aina kembali ke Rahmatullah.
Katanya, apa yang dikesalkan ialah berita mengenai ketenatan Aina diberitahu kepada pihak berkuasa sejak malam dia dimasukkan ke hospital lagi.
"Ini satu penyeksaan dan bukan sifat kemanusiaan dan sepatutnya pihak berkuasa membenarkannya keluar lebih awal untuk memberi kesempatan kepada seorang ayah untuk menziarah anaknya yang kritikal," katanya.
Katanya, sesungguhnya rasa sedih beliau tidak mungkin sama dengan rasa yang dihadapi keluarga tersebut lebih-lebihnya ibunya, Siti Fatma Masrum yang begitu berharap suaminya tiba pada petang itu.
Beliau berkata sebagai manusia yang mempunyai sifat keinsanan pihak berkuasa sepatutnya merasai keluh kesah keluarga tahanan ISA.
Oleh kerana itu, tidak ada lain cara untuk atasi halangan tersebut melainkan kerajaan membebaskan segera tahanan ISA termasuk Shahrial bagi mengembalikan hak mereka ke pangkuan keluarga.
Malah katanya, peristiwa seperti itu sudah kerap diucapkan dan kerana itu katanya kerajaan harus bertanggungjawab penuh ke atas mereka.
"Ini satu perkara asas tetapi apabila ia dikaburi dengan alasan keselamatan negara yang dianggap lebih besar isu kemanusiaan mnejadi kecil dan remeh," katanya.
Sementara itu,Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sani Hamzan menyifatkan kematian tersebut sebagai satu kemalangan kepada sistem demokrasi dalam negara ini.
Katanya, ini jelas apabila, ayah adik Aina dinafikan haknya untuk datang melawatnya sehingga pesakit meninggal dunia.
"Saya kira ini merupakan satu malapetaka dan gerak gempur kepada amalan demokrasi yang menampakkan kerajaan Barisan Nasional hilang sifat keperimanusiaan kepada perkara-perkara yang melibatkan kematian dan kehidupan rakyat Malaysia," katanya yang datang menziarah Aina di hospital pada Khamis lalu.
Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuh ISA (GMI), Norlaila Osman berkata, peristiwa kematian Aina Madiah merupakan satu bukti terbaru mengenai kezaliman kerajaan yang berkuasa untuk percepatkan lawatan seorang tahanan ISA, Sahrial Sirin untuk melihat anaknya yang sedang tenat di hospital.
Katanya,walaupun beliau bersama-sama kaum keluara dan rakan-rakan menghubungi kem Kamunting sejak malam lagi sama ada melalui telefon dan faks untuk tahanan dibenarkan keluar dari kem tahanan.
Lebih menyayatkan hati katanya, Aina disahkan doktor yang memaklumkan bahawa beliau sedang bertarung nyawa dan bergantung kepada mesin jangka hayat.
Beliau yang turut menemani Aina di hospital mendakwa, pihak berwajib terutamanya anggota SB dilihat sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka untuk mencabul hak tahanan walaupun hanya untuk melawat anak yang kritikal.
"Bagi saya tiada maaf di atas peristiwa seperti itu dan sebenarnya satu penegasan yang datang daripada mereka yang hatinya kering dan begitu sombong.
"Peristiwa ini juga menguatkan azam saya untuk terus berjuang memastikan ISA terkubur dari bumi Malaysia," tegasnya. - mks._